Yaya Toure: Kami mahu menjadi seperti Arsenal di Manchester City


Yaya Toure mengakui Manchester City sedang fokus untuk menyamai rekod tanpa kalah Arsenal dalam usaha untuk memenangi EPL.

Bekas pemain Barcelona ini menjadi elemen penting kepada bahagian tengah Manchester City dan menggesa rakan sepasukan untuk menjadikan The Gunners sebagai penanda aras pencapaian mereka.


Kata Toure:
"I came here because I wanted to make history. I want to be part of history at this club.  
"For me it's the most important thing. We try not to think about going unbeaten, because the Premier League's not easy and other teams will try to beat us.  
"We have tough, tough games and coming up in a couple of weeks we have Liverpool, Newcastle at home, Arsenal and after that we play Chelsea.  
"It will be very difficult but we hope we'll continue unbeaten."
Macam biasa, Arsenal merupakan pasukan yang kerap menjadi contoh kejayaan dan corak permainan oleh pasukan lain. Inilah kejayaan tertinggi Prof. Wenger apabila wengerball dan rekod 49 perlawanan tanpa kalah, rekod double treble menjadikan Arsenal sebagai pasukan unik yang takkan dapat digugat oleh mana-mana rival.

Manchester City yang dipenuhi dengan barisan pemain bintang telah membelanjakan wang yang sangat banyak untuk memenuhi cita-cita mereka. Sedangkan Arsenal mencapai rekod tersebut tanpa berbelanja besar.

Yaya Toure perlu bangkit dari lena dan sedar bahawa duit bukanlah segala-galanya. Prof. Wenger merupakan seorang strategist yang mahir dan arif dalam bidangnya. Sebagai contoh, Carl Jenkinson yang hanya dibeli dengan harga 1juta pound kini menunjukkan bahawa sememangnya Prof. Wenger seorang yang genius dalam mengenal permata.

RvP juga menjadi bukti nyata yang takkan mampu disangkal oleh sesiapapun!
Dikuasakan oleh Blogger.