UCL: Arsenal 2-1 Borussia Dortmund / Post-Match + Highlights (Alex Song dribble! RvP double!)


Wow..  absolutely stunning performances from The Gunners. That's wrapped it all. Sebenarnya aku tak dapat nak ulas banyak oleh kerana aku sendiri tak dapat saksikan perlawanan dengan jelas. Streaming pun sangkut-sangkut.. namun aku percaya, ramai penyokong tegar Arsenal yang masih setia terpacak depan laptop/pc masing-masing sambil terus bersabar dengan tayangan live stream sangkut-sangkut.. memang tegar sungguh korang ni..

Tapi aku dapat saksikan jaringan gol pertama sejurus separuh masa kedua bermula.. aksi Alex Song dribble player Dortmund memang superb! selamba kodok dia gelecek 3 player.. kemudian lob ke tengah mencari kapten vantastic.. dan macam biasa.. our Robin does his job brilliantly.. who needs Batman anyway..


Gol kedua hadir melalui sepakan sudut oleh Arteta kemudian ditanduk ke belakang oleh Vermaelen dan disudahkan dengan kaki kiri RvP.. sublime! dan FIFA teruk kena kutuk kerana tak masukkan RvP sebagai calon Ballon d'Or.. ptuih Sepp Blatter! Saat akhir Dortmund berjaya mendapatkan gol sagu hati jaringan oleh Shinji Kagawa.. oklah tu sebagai bekalan hari tua :)


Arsenal adalah satu-satunya pasukan dari EPL yang telah pun layak ke pusingan kalah mati manakala pasukan lain masih tercari-cari ruang dan mengharap agar saingan mereka gagal mendapat mata penuh.. Manchester City tewas kepada Napoli! Hahaha padan muka korang.. Chelsea pula kalah kepada Bayer Leverkusen! Micheal Ballack mesti tergelak besar.. Manchester United sekadar mampu seri dengan Benfica..


So layan lamputinggi (highlights: tah sapa guna term ni ari tu aku ternampak kat dlm group KPTA.. haha) match UCL Arsenal 2-1 Dortmund.

Bercakap mengenai KPTA, macam biasa.. pelbagai komen dan post berkenaan game pagi tadi diperolehi. Dah serupa bilik berita! Hahaha.. memang terbaik!. jadi sesiapa yang belum join tu.. segera join.. memang meriah dan friendly.. Kelab Penyokong Tegar Arsenal.. facebook group Arsenal terbesar di Malaysia.. 4721 ahli ketika ini.. dan penjualan baju KPTA sedang dilakukan.. klik sini untuk maklumat lanjut!

Dikuasakan oleh Blogger.