Frimpong mahu aksi!


Berdasarkan berita dari Daily Mail, Emmanuel Frimpong dikhabarkan mahu supaya dia dipinjamkan ke kelab lain agar dia dapat beraksi dalam kesebelasan utama mana-mana pasukan. Pemain remaja tersebut terdesak untuk mendapatkan pengalaman sebagaimana yang diperolehi oleh Jack Wilshere ketika dipinjamkan ke Bolton.

Norwich dan Swansea dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut. Prof. Arsene Wenger hanya akan membenarkan pemain tersebut dipinjamkan kepada pasukan yang sedang beraksi di EPL.

Dengan jumlah midfield yang ada ketika ini, termasuk Coquelin, peluang Frimpong akan hanya terhad untuk Carling Cup dan FA Cup. Dia merasakan perlu untuk mendapatkan peluang bermain dengan lebih kerap untuk terus meningkatkan kualiti permainannya.

Melihatkan beberapa aksinya sebelum ini, sememangnya Frimpong memiliki kualiti yang boleh digilap untuk lebih menyinar. Walaupun begitu, dia perlu mengawal panas barannya.
Dikuasakan oleh Blogger.