Breaking

Thierry Henry kembali ke Arsenal!


Kecoh seantero facebook, blog dan media massa! HENRY KEMBALI KE ARSENAL!!!

Lagenda Arsenal & bekas kapten Thierry Henry kembali beraksi di London Colney. Pemain penyerang yang asalnya adalah pemain sayap ini adalah hasil transformasi oleh Prof. Wenger menjadikannya penyerang prolifik bertaraf dunia.

Dengan statistik 226 gol dan 92 assist daripada 369 perlawanan adalah pencapaian terhebat selama 8 tahun dibawah bimbingan Prof. Wenger. Kini Henry kembali menjalani latihan rutin di London Colney untuk mengekalkan kecergasannya. Henry yang kini menjadi milik pasukan di MLS, New York Red Bulls berlatih dan memberikan tunjuk ajar kepada pemain muda Arsenal.


Sememangnya dengan kehadiran Henry, semangat para pemain membuak dan pastinya pemain penyerang yang gagal menemui sentuhan iaitu Chamakh akan dapat banyak belajar daripadanya.


Prof. Wenger yang begitu gembira kerana penyerang berusia 34 tahun itu kini kembali bersama dengan skuad Arsenal dalam latihan. Kata Prof. Wenger:
"Thierry was back training with us. He just wants to stay fit, enjoy himself and come back to Arsenal Football Club. He is at home here so it's always good to have him back." 
"We kept in touch anyway, even in the States. He just turns up and practices. When it's possible of course he can practice with the first team. 
"He always gives us a lift and shows just what a good player he is. He doesn't like to lose - that doesn't change."
Thierry Henry yang mengetuai jentera serangan Arsenal sewaktu meraih double trebles dan rekod The Invincibles 49 Unbeaten pasti dapat memberi impak positif kepada aura dan suasana skuad The Gunners.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.