Women's Champions League: Arsenal 5-1 Rayo Vallecano


Arsenal menempah tempat ke suku akhir Women's Champions League selepas membelasah Rayo Vallecano 5-1 di Meadow Park yang berlangsung pagi tadi.

Gol dijaringkan oleh Jayne Ludlow, Kim Little, Rachel Yankey, Jordan Nobbs dan Danielle Carter. Amukan Arsenal bermula pada minit ke 16 dan pengurus pasukan Laura Harvey memastikan skuad bimbingannya menang dengan selesa.

Kemenangan ini meneruskan rentak cemerlang 2011 untuk Arsenal Ladies dan kini mereka menantikan cabutan suku akhir pada Khamis, 17hb Disember 2011.

Sumber: Arsenal.com

P/S: Ini kali pertama penulis membuat artikel mengenai Arsenal Ladies, harap maaf jika ada salah dan silap kerana kurang pengetahuan mengenai pasukan wanita Arsenal ini. Ianya akan ditingkatkan dari masa ke semasa, insyaAllah.
Dikuasakan oleh Blogger.