Breaking

7 FAKTA: Apa yang dapat kita pelajari dari peningkatan prestasi Arsenal hingga setakat ini?


Masih tersenyum dengan kemenangan Arsenal pagi tadi? Jom kita buat analisa ringkas apa yang dapat kita pelajari dari perlawanan pagi tadi dan dari perlawanan-perlawanan sebelum ini hingga Arsenal kembali menjadi pasukan yang digeruni.
  • Kemenangan Arsenal menewaskan Borussia Dortmund melayakkan The Gunners untuk ke pusingan kalah mati kali 12 berturutan. Ini merupakan satu pencapaian yang cemerlang! Pasukan lain kalau nak buat rekod macam ni, mereka kena berbelanja byk setiap kali musim perpindahan. Tapi Arsenal belanja ciput je pun dah memadai.. what a genius our Prof. Wenger.
  • Mentaliti dan momentum Arsenal nampaknya tidak terganggu oleh faktor international break. Tak macam musim dulu-dulu di mana Arsenal akan goyang selepas international break oleh kerana faktor kecederaan.
  • Alex Song dribble sangat cun! Memang cantik! memang superb! dan ianya melegakan tekanan rakan sepasukan apabila hantaran lintang Alex Song berjaya disudahkan oleh RvP. Kemampuan Alex Song diserasikan dengan kehadiran Mikel Arteta dan Aaron Ramsey sangat mengujakan dengan free-flow-football/wengerball dah semakin mantap. Jack Wilshere nanti nak letak mana? Yossi Benayoun pun sempat berikan impak walaupun hanya menjadi pemain gantian. Dan apakah sebenarnya kita memerlukan Mario Gotze? dia nak duduk celah mana? and you know what? Abou Diaby is back! Harap-harap dia tak buat kelakar macam dulu-dulu.
  • RvP meletop-letop! 2 gol.. apa makan kapten vantastic ni? Mungkin Bouchra fulfill personal life dia dengan Shaqueel dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi RvP ke tahap dewa! Ini soal psychology.. dan apabila Prof. Wenger bagi lilitan kapten pada RvP, itu pun turut meningkatkan keyakinan Robin.. Batman? itu dulu-dulu.. sekarang ni tak payah Batman dah.. we got our own superhero! 
  • Flankers yang diisi oleh Walcott dan Gervinho pun banyak memberikan ruang untuk RvP. Arshavin & Yossi can provide backup & creativities from their experiences. Jadi once again proving Prof. Wenger tahu apa yang dia lakukan. Sewaktu Arsenal melungkup sehingga dibelasah 8-2, ramai yang mahukan supaya pengurus Arsenal itu digantikan! tapi ramai juga yang tegar dapat bersabar dan memahami apakah sebenarnya berlaku ketika itu. It's not an overnight achievement.. you can't just buy players and ask them to be loyal to the new team.. they are just money oriented mercenaries.. full of stars Manchester City tumble upon Napoli! Chelsea? Manchester United? nuff said.. loya aku nak ulas pasal diorang.. Spurs? hey you are playin Europa! Liverpool? Europa pun tak masuk!!!
  • Posisi penjaga gol yang jadikan Arsenal susah nak menang walaupun score byk pada beberapa musim kebelakangan ni dah pun diisi oleh Wojciech Szczesny.. prestasi menyakinkan penjaga gol muda ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan untuk para penyokong tegar Arsenal. Almunia sikit hari lagi akan pergi.. dia ni pelawok no 1 Arsenal.. Lukasz Fabianski pun dah makin samar peluang dia untuk beraksi selagi Szczesny terus cemerlang. Prof. Wenger dah pernah berikan dia peluang tapi dia pun terikut dengan rentak Almunia.. suka melawok! Vito Mannone pun mahukan peluang.. dia third rank GK untuk Arsenal selepas Fabianski.. dia perlu bersabar sikit kalau tak.. Mannone juga mungkin pergi..
  • Kembalinya Vermaelen dan kehadiran Mertesacker serta kemampuan Koscielny mengisi kekosongan RB memang melegakan. Sagna masih injured. Jenkinson juga injured. Djourou mencuakkan! Haha.. Santos pun nampaknya semakin beroleh keyakinan untuk menunjukkan skill. Samba style kembali ke Arsenal selepas Gilberto meninggalkan Arsenal. Denilson gagal untuk menyinar dan ketika ini melalui tempoh pinjaman yang memeritkan kerana dia teruk di'boo' oleh penyokong Sao Paulo apabila tidak dapat menunjukkan prestasi cemerlang. Padan muka!
Apa pun, we are getting better day by day.. as what Prof. Wenger said in his newsletter. Even Jurgen Klopp pun salute dengan Prof. Wenger dan mereka emulate Arsenal's players development strategy. Mereka juga tidak membeli pemain mahal macam team kaya minyak! macam team banyak setan! macam team yang beli Torres! macam team yang beli Andy Carroll!

Dan ada juga beberapa fakta tambahan daripada penyokong tegar Arsenal yang memberikan input di group KPTA.

  • Uthaya Van Persie:
    Eleven nationality for the 1st eleven last night against Borussia Dortmund.

  • Mohamad 'putek' Faizal:
    Arsenal muncul kelab Inggeris pertama layak ke pusingan seterusnya.. Another brace from Van Persie.. Mantap

  • Fairul Faezwan Abdullah:
    10 kali tgok highlights game pagi tadi pon tak jemu lahhh.syok tgok song dribble sampai camtu sekali.gamak dia cantas sampai 3 player dortmund.ish3.takyah la beli gotze.song pon boleh dribble power dari dia lagi laaaa.HAHAHA.:p


Have passion! COYG!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.