Artikel Penulis Jemputan: Pujian Theo Walcott


Pemain tengah Arsenal, Theo Walcott percaya Gervinho adalah perpindahan terbaik yang dilakukan ketika perpindahan musim panas yang lepas. Menurutnya, corak permainan Gervinho amat bertepatan dengan taktik yang digunakan oleh pengurus berkaliber, Arsene Wenger. Cara permainan yang banyak menyumbang kepada penyerang dapat membantu serangan yang berbahaya.

Menurut Walcott lagi, pemain muda berusia 19 tahun, Carl Jenkinson adalah seseorang yang rajin untuk belajar dan meningkatkan keupayaan diri dalam masa yang singkat seperti yang ditunjukkan ketika berdepan dengan WBA awal bulan ini.

Ketika berkunjung bandar Norwich yang terletak di timur laut dari Stadium Emirates, Walcott merupakan antara salah satu pemain terbaik pada padangan Arsene Wenger. Menurut Walcott ketika ditemuramah selepas bertemu dengan skuad kenari United Kingdom :
"Gervinho main memang baguih la nih. Kalo pikiaq balik, dia 2 mai dari Ivory Coast pah2 pi main kat liga Perancis konfem2 corak permainan dia lain kalo nak beza ngan corak permainan liga England. Tapi la ni tiap-tiap minggu dia main sebab dia baguih kualiti dia main.
"Walaupon dia pi main tiap-tiap minggu, banyak lagi die kena pi blajaq dan pada cek dia nih memang orang hak betoi-betoi gunners... 
"Jenkinson pulak, dia pon baguih jugak. Pada pandangan cek dia mesti pikiaq bila masuk team meriam nih dia kurang main 11 yang utama tapi dapat main sebab rajin blajaq benda baru. Tiap kali main, dia memang tunjuk terer tang bagi hantaran silang yang cantik. Cek pnah habaq kat dia kalo cek bawak bola kat depan hang mai dari blakang. Pastuh cek pas kat hang. Hang cross la bagi kapten. Cek ngan kawan-kawan lain suma bagi semangat kat Carl nih untuk dia main baguih lagi."

Sekian sahaja ulasan yang dapat diberikan.
:. Sori untuk warga-warga utara. Saya nih kedah murtad. Sblom lahir atuk da pindah g Selangor. Kalo x memang ley cakap kedah la...hahaha...

Mohd Zulfadli Rusman / sliperjepun
http://dello.sliperjepun.net
Dikuasakan oleh Blogger.