EPL: Norwich City vs Arsenal / Pre-Match


At last.. back to EPL games.. Arsenal game to be exact! The international break is finally over and Arsenal will look forward to maintain the momentum.

Esok, jam 8.45mlm Arsenal akan menembak jatuh 3 ekor burung kenari. Kali terakhir Arsenal bermain di Carrow Road adalah pada tahun 2004 di mana The Gunners merobek gawang The Canaries 4-1. Sejak memulakan musim ini dengan rekod buruk, Arsenal telah menempatkan diri di kedudukan ke 7 dan mempunyai jumlah mata yang sama dengan Liverpool (mereka akan menentang Chelsea minggu ni).

Pengurus Norwich, Paul Lambert dikatakan berpuas hati dengan prestasi anak buahnya setakat ini dan berharap untuk menunjukkan aksi yang membanggakan ketika menentang Arsenal nanti. Walaupun begitu, mereka khuatir dengan kemampuan RvP dan sedang mencari jalan untuk mengekang penyerang Arsenal tersebut.


Prof. Wenger pula dilaporkan lega dengan kesudahan international break kerana para pemain Arsenal pulang tanpa mengalami sebarang kecederaan (dan ianya adalah sesuatu yang jarang berlaku). Namun Kieran Gibbs yang sememangnya telah mengalami kecederaan kini dikhabarkan akan kembali hanya selepas 4 atau 5 minggu kerana telah menjalani pembedahan hernia.

Adalah menjadi teka-teki mengenai pasangan central defender Arsenal sama ada Prof. Wenger akan menggandingkan Vermaelen dengan Mertesacker atau Koscielny.

Barisan jangkaan:
Szczesny
Jenkinson - Vermaelen - Koscielny - Santos
Song - Ramsey - Arteta
Walcott - RvP - Gervinho

Jaringan jangkaan: Norwich City 0-3 Arsenal
Dikuasakan oleh Blogger.