Tinjauan KPTA: Negara mana menjadi pilihan sokongan Euro & World Cup?



Memandangkan Arsenal masih lagi berehat daripada international break dengan adanya perlawanan persahabatan antara beberapa negara dan ada juga negara yang bersaing untuk kelayakan World Cup jadi penulis membuat tinjauan di group facebook KPTA.


Sebagai fans Arsenal, kebanyakan penyokong akan menyokong pasukan negara pemain idola mereka.. terutama semasa EURO & WORLD CUP.. Berdasarkan maklumbalas daripada ahli KPTA selepas 20jam undian dibuka, hasilnya adalah seperti berikut.

1. Netherland - 87 undian
Netherland / Holland / Belanda, negara yang mendapat undian tertinggi daripada para penyokong tegar Arsenal. Mari kita tanyakan kenapa mereka memilih Netherland? Ini antara jawapan daripada ahli KPTA.


  • Mazlan Pablo De' Engano: netherland aka holland..sbb aku asal sana..
  • Muhd Tasnim Roslan: belanda salah satu nya cara arsenal men mcm total football jgk 
  • Shahikhmal Mansor: Holland sebab dari awal minat gandingan Bergkamp & Kluivert plus twin de boer , edgar david & RVP ! :) 
  • Ahmad Amar Abdul Rahim: netherland.. masa bergkamp menunjukkan skill control ball masa lwn argentina world cup 1998.. phillip cocu hantar bola dr jauh tu.. gol minit2 terakhir perlawanan 
  • Aliff Arteta: belanda..coz ad RVP..like RVP ♥ 
  • M.n. Azam: Netherlad, like Flying Dutchman.. 
  • Kubur Sepi: Netherlad, like Flying Dutchman.asal usul total footbal dari diorang+rvp,,perfect 
  • Fantastix En: holand..RVP assist+striker+scorer.. 
  • Ben Sherman: belanda sbb drp zaman bergkamp lg..
Rumusannya ialah kerana pengaruh total football dan juga pemain berkaliber seperti Bergkamp serta Robin van Persie. Sememangnya pengaruh total football memberikan impak dimensi yang berbeza untuk bolasepak dunia. Walaupun begitu, mereka tidak pernah memenangi Piala Dunia. Sadis bukan?

2. Germany - 46 undian
Negara kelahiran banyak teknologi hebat dunia dan sistem automotive canggih ini menjadi pilihan kedua ahli KPTA sebagai negara yang disokong ketika perlawanan antara negara berlangsung. Dan berikut ialah sebab mengapa pemilihan Germany dibuat.

  • Reyme Chamakh: germany mantop!!!
  • Ikhwan Ayna: aku amat sukekan arsenal dan germany...nike & adidas...truely game ~
  • Ez Arteta: sbb ade gotze,ozil,shweinteger,marko marin,reus..
  • Tuan Mohd Haikal: German, sbb diorg x pnah ktandusan talent.. aku biasa tgk ozil, muller, podolski main kat kelab kat German, tp xtau sjauh mne hebat diorg main ngn org2 luar.. sbb tu aku sokong german masa WC dlu.. =)
  • Afnan Zafariq: germany sbb ada mertesacker
  • Ehsan Black: german FTW !!! 
  • MugiWaraa LUffyy: germany,their playing style is owesome,combination of powerfull attacking display n solid defensif....they also produce a world class player...salute
  • David Kenth: Germany, coz of their tough defense, wonderful ball interception, long passing interception and also all out attack..
  • Syafiq Zahari: Netherland sebab banyak pemain dia kreatif dan manager dia Van Bert Marwijk aq respect.. 

3. France - 35 undian
Perancis, negara kelahiran kebanyakan pemain bintang Arsenal dan juga pengurus The Invincible Prof. Arsene Wenger yang masih berkhidmat bersama The Gunners sehingga kini mendapat undian ketiga terbanyak. Ini adalah kerana sentimen penyerang berbakat dan ramai pemain The Gunners yang berasal dari negara tersebut.

  • Saiful Nizam: France - sbb Arsenal kebanyakannya player dari France & pengurus pun mmg France dan Zidane mmg best main.. pastu menang World Cup plak..
  • محمد ذولکرناءي الشيرازي: bile nasri jdi kapten.. ase patah hati nk sokong france,.
  • Hafiz 'Kurt': Lebih kurg sama ngn Saiful Nizam sbb dlu henry n len2 men wlupun x brp perform..Tp player aku minat ribery x masuk2 arsenal..huhu
  • Miz Arteta: france sbb akan jd juara mase euro nnti....
  • Danial Jadzly: france sbb henry, viera, wiltord, pires, nasri, clichy, sagna, koscielny dan dll :)
  • Afdzal Lazdfa: france,sebab ramai pemain france dicipta di arsenal oleh rakyat perancis sendiri Arsene Wenger...
  • Marouane Bobro: france sbb ada koscielny....
  • Fiqrie Rahmat: france sbb king henry sntiase dlm ingatan
  • Danial Travis: france sbb AW ... sian die ...
  • Miz Arteta: france sbb aku suka france! (berapa kali dia ni nak komen aa? :P)


4. Spain - 26 undian
Seterusnya negara Sepanyol menjadi pilihan ke 4 yang banyak berkisar dengan pencapaian dan pemain yang diminati.. seperti Cesc Fabregas (jgn marah ye). Mari kita tinjau mengapa mereka minat sangat dengan Spain?

  • Francesc Saddam Mahmud: spain!
  • Leaimang Pok SuMat: Spain-game play tidak membosankan.....
  • Mohd Zawawi: dulu ada si fab...terus minat sampai skrng..
  • Apex Fabregas: spain..cara permainan dia best...tapi pagi tadi xbest...xmacam selalu spain main... (England 1-0 Spain perlawanan persahabatan)
  • Hadi Arsenal: sepanyol permainan nye agak menarik sejak menang euro 2008
  • Muhd Firdaus Zainal: spain sgt2 konsisten in passing game n cntrol ball..tough mne2 team nk beat..team yg leh counter attack n shot jauh jew leh beat team cmni..so ak plih spain team faveret..2nd maybe netherland..
Ada diantara ahli KPTA yang anti spain disebabkan Barcelona dan pemergian Fabregas.. namun mereka baru sahaja meraih kejuaraan dunia dengan corak permainan pantas dan hantaran tepat. Barcelona dikatakan tunjang kepada kebangkitan tersebut kerana mereka mengamalkan total football yang diperkenalkan oleh Belanda.

5. England - 16 undian
3 Lions.. negara kelahiran kelab berprestij Arsenal mendapat tempat ke 5 dengan undian sebanyak 13 pilihan. Dan apa pula alasan mereka meminati negara ini?

  • Sliper Jepun: AOC n Wilshere...
  • Muhamad Ibrahim: 3 lions!!
  • Muhamad Ibrahim: aq minat bukan sebab player... mcm aq minat arsenal... n thats y aq pilih england sejak world cup 2002..
  • Mohd Akim Zeck Landura: england sbb ad wallcot
  • MugiWaraa LUffyy: england spatutnyaa ada dlm list kalau ikut dari segi current player dia ada tp attacking display diorang slalunyaa based upon indiv player,maksudnyaa kna ada key player,ssh laa kalu player tu x perform or x dpt main,patutnyaa kna main collective n lbih dominant bila hold bola,syg laaa,wilshere,young,parker,lampard and co bkn x bagus,mind set kna ubh,aicece...sembang mcm pro sgt laa plak sy ni,hahaha,just my opinion,peace yooo ^,^ 

Walaupun mendapat tempat ke 5, sebagaimana nasib Spain, pasukan England juga kadangkala dibenci kerana kehadiran pemain-pemain rivals EPL seperti John Terry, Lampard, Rooney dan sebagainya. England dibarisi bintang mengerlip EPL namun kecundang pre-mature ejaculations ketika World Cup yang lepas (mungkin sebab Walcott takde? haha).

6. Italy - 7 undian
Dengan 7 pemilihan daripada 7orang yang berbeza, Italy menduduki kedudukan ke 6 tetapi cuma seorang sahaja yang memberikan komen mengapa dia memilih Italy.

  • Muhammad Sallehuddin: takde player Arsenal, kecuali Manonne U21...aku suka team yg kuat defencenye...dlm game pun aku suka pakai...

7. Brazil - 6 undian
Brazil bekas juara dunia yang digeruni satu ketika dulu kini gagal menyaingi kebangkitan negara lain. Dengan rentak samba mereka tetap merupakan pasukan pilihan beberapa ahli KPTA. Dan kebanyakan kita membesar dengan kehebatan pasukan Brazil ketika era Romario, Bebeto, Rivaldo, Ronaldo, Ronaldinho dan sebagainya.

  • Marul Xtravaganza: sejak aku kecik aku dididik cara permainan brazil...smpai sudah la aku brazil..walaupun brazil skang dah xmari sgt...sbb player2 skang mmg xdpt mcm dulu nye... long life cesar sampaio..
  • Psycotic Chuck Ams: I see the pattern of interesting games .. I do not see the player, so I choose Brazil...pendapat masing2 kan....:-)

8. Malaysia - 5 undian
Yang ni penulis tak tahu nak kata macammana, mungkin semangat Harimau Malaya yang mengalir dalam tubuh masing-masing terlalu kuat dan tegar untuk tetap memilih Malaysia sebagai negara sokongan. (Dey sudah ckp la EURO dgn WORLD CUP..)

Dan tiada satupun yang memberikan komen mengenai Malaysia.. eh what else to say? Anyway.. ini lebih kepada respect utk negara kelahiran.. ok? :)

9. Japan - 3 undian
Ryo Miyaichi bermain untuk Arsenal ketika ini dan ini sedikit sebanyak meningkatkan rating Jepun dimata ahli KPTA. (Ayat penyedap je ni sebab takde komen yang diberikan oleh pengundi).

10. 4 negara berkongsi kedudukan ke 10 dengan hanya 1 undian sahaja.

Czech Republic - 1 undian
  • Muhd Hariz: hehehe...re czech xtau layak ke x..tp aku minat
Hanya 1 undian dan tetap ada komen.. well done Hariz. Entah layak ke tidak.. dia tetap minat.. sebab Rosicky? or we can say.. LOVE IS BLIND! :)

Togo - 1 undian
  • Remykhwan Yazid meminati Togo sebab dia sorang saja yang undi Togo.. sarcasm? Adebayor..
Russia - 1 undian
  • Tengku Rayzam pula mengundi Russia.. pengaruh Arshavin? tiada komen diberikan.
Morocco - 1 undian
  • Son Goku memilih untuk mengundi Morocco.. peminat Chamakh pastinya.
Beberapa komen-komen yang tak berapa nak centre :) Jangan marah ye. sekadar bergurau sebagai penutup artikel. Apa pun terima kasih kepada semua pengundi yang sudi meluangkan waktu. (Ini bukan kes pengundi hantu. Harap maklum! Haha)

  • Mazuan Mahran: Dulu france sbb henry..skrg mybe belanda,rvp...german.mertersacker.tak tau la...negara ni aku jd lalang sejati.ikut player arsenal je 

Jumlah keseluruhan: 236 undian oleh ahli KPTA hanya setelah 20 jam tinjauan dibuat. (Jumlah statistik ini adalah benar sewaktu artikel ini ditulis)
Dikuasakan oleh Blogger.