EPL: The Gunners vs The Cottagers / Pre-Match


Stadium Emirates akan dikunjungi oleh Fulham untuk belajar bagaimana cara bermain bolasepak sebenar. Prestasi cemerlang 5 kemenangan daripada 5 perlawanan terakhir The Gunners pasti akan meresahkan skuad Martin Jol.

Siapakah sebenarnya perlu mereka kekang? kalau dulu-dulu mereka hanya perlu risaukan Fabregas.. tetapi hari ini.. kali ini.. Arsenal sangat berbeza.. tiada midfielder yang dominan.. semuanya mampu merobek dan membuka ruang untuk Gervinho, Walcott dan RvP.

Malah Gervinho dan Walcott juga mampu mencipta ruang tersendiri untuk RvP memberikan aksi terbaik sebagai penyudah gerakan. The Cottagers pasti hilang akal dan buntu. Apakah mereka juga akan menerima nasib yang sama macam pasukan lain?

Hangeland pasti menyesal tidak menerima tawaran Prof. Wenger untuk sertai The Gunners. Walaupun begitu, Arsenal perlu memberikan sedikit kredit serta berhati-hati dengan Fulham kerana mereka satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri 1 mata dari league leaders Manchester City. Itu pun ketika Fulham telah ketinggalan 0-2.


Kemenangan Arsenal akan memberikan tekanan kepada pasukan yang berada di atas Arsenal ketika ini apatah lagi Liverpool akan bertembung dengan Manchester City hari Ahad nanti.

Barisan jangkaan:
Szczesny
Koscielny - Mertesacker - Vermaelen - Santos
Arteta - Song - Ramsey
Walcott - RvP - Gervinho

Jaringan jangkaan: Arsenal 3-0 Fulham

Prof. Wenger dijangkakan akan merangka strategi untuk mendapatkan gol awal supaya dapat merehatkan beberapa pemain utama sebagai persediaan pertembungan dengan Manchester City selepas ini. Abou Diaby mungkin diberikan peluang untuk mendapatkan semula keyakinan, Arshavin dan Yossi mampu menggalas tanggungjawab sekiranya mereka diberikan peluang nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.