Under 21 EURO 2013 Qualifying: England 5-0 Iceland


Bukanlah penulis mahu membuat ulasan mengenai pasukan England tetapi lebih tertumpu kepada pemain Arsenal yang menggunakan nombor 7 untuk U21 England iaitu Alex Oxlade-Chamberlain.

Prestasinya ketika perlawanan tersebut menarik perhatian dan memberikan aksi yang sangat cemerlang. Kawalan bola yang kemas, vision yang cukup baik untuk melorongkan bola untuk rakan serta mempunyai ketenangan yang tinggi kerana dia mampu membuat lob dihadapan penjaga gol (yang hampir saja membuahkan jaringan) tetapi sedikit tersasar.

Inilah antara kualiti utama mengapa AOC dibeli oleh Prof. Wenger walaupun pada kadar harga yang agak tinggi untuk pemain muda sepertinya. Theo Walcott pasti perlu meningkatkan permainan supaya dia tidak jatuh ke pecking order selepas AOC berdasarkan prestasi semasa.

Namun seperti yang kita tahu, walau bagus macammana pun prestasi seseorang pemain, Prof. Wenger takkan meletakkan bebanan pada usia muda seperti AOC agar dia tidak burnt-out dan hilang keyakinan sekiranya gagal menyerap tekanan.

Apapun, aksi AOC memang superb!
Dikuasakan oleh Blogger.