Wednesday, January 22, 2014

FT Arsenal 2-0 Fulham, Cazorla Sumbat Dua!

Sejujurnya admin tak sempat nak tengok match. Ada program yang penting hari tu. Tapi sebagai gooners, yang lebih penting ialah Arsenal menang! Tak gitu?

Dan jaringan kedua-dua gol oleh midfielder yang semakin menyerlahkan keyakinan ketika ini, Santi Cazorla! Awesome.

Tuesday, January 14, 2014

A New Arsenal - 2013/2014


Mesti tengok video ni. Ini tahun kebangkitan dan kejuaraan Arsenal.

Fulltime: Aston Villa 1-2 Arsenal

Hanya 1 minit diperlukan oleh Arsenal untuk memboloskan 2 gol ke gawang Aston Villa. Ianya hasil lorongan kemas oleh Jack Wilshere untuk gol pertama dan berselang 17 saat kemudian gol kedua menyusul hasil rembatan dari sudut sukar oleh Olivier Giroud setelah mendapat umpanan dari Jack Wilshere.


Tak dan admin nak update status di page pagi semalam, masuk pulak lagi sebijik gol.

Serge Gnabry memang awesome. Rembatan kencangnya di awal minit permainan menyebabkan pemain Aston Villa, Baker terpaksa diusung keluar apabila terkena bola tersebut di kepala. Pengsan beb!

Memang Arsenal mengawal permainan sehinggakan penguasaan 70% memihak kepada The Gunners. Kemas beb, passing semua cantik. Tapi separuh masa kedua agak kurang memberangsangkan. Mungkin kerana player dah selesa leading 2 bijik.


Sudahnya Benteke menghukum dengan flying heading yang gagal ditangkap oleh Szczesny. Ianya bermula apabila Cazorla membuat passing sloppy yang dipintas pemain Aston Villa seterusnya membuat hantaran lintang yang cantik depan gawang Arsenal.

Apa pun, Arsenal menang 3 mata berharga yang mengembalikan The Gunners ke takhta liga EPL. Keep the faith! COYG. Mimpi ngeri dimalukan oleh Aston Villa pada perlawanan pertama awal musim kini pudar hanya sekadar kisah lalu.

Anouk Hoogendijk sertai Arsenal!


TERKINI..
Arsenal akhirnya berjaya mendapatkan seorang pemain pertahanan dari Ajax Amsterdam. Beliau telah bersama pasukan tersebut selama 19 bulan dan kini akan berkhidmat mengukuhkan benteng pertahanan Arsenal Ladies :)

Tuesday, January 7, 2014

INJURY CRISIS! Theo Walcott Out For Atleast Six Months. Apakah Yang Bakal Direncanakan Oleh Wenger?


Satu lagi krisis melanda Arsenal.

Pemain sayap yang mempamerkan aksi cemerlang, Theo Walcott memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pulih dari kecederaan buku lali. Ianya juga memadamkan hasrat Walcott untuk membantu Arsenal menjulang kejuaraan musim ini.

Malah Walcott terpaksa melupakan saingan Piala Dunia.
Apakah strategi Arsene Wenger untuk mengatasi krisis ini? Mampukah Serge Gnabry mengisi kekosongan sayap kanan dengan larian kencang serta kreativiti tinggi beliau?

Speedy recovery Walcott and there's might be magic!
Keep your faith.

Sunday, January 5, 2014

Adebayor hilang! Koscielny dikatakan bertanggungjawab!


Highlight FA Cup, Arsenal 2-0 Spurs


FA Cup: Arsenal 2-0 Tottenham, Walcott menganjing! Cazorla dan Rosicky robek Spurs.

Perlawanan malam tadi ditonton menerusi live streaming sahaja, tetapi alhamdulillah line unifi memang superb dan takde sangkut-sangkut. Admin menonton sambil pancarkan ke dinding menggunakan projektor. Awesome beb!



Perlawanan berlangsung dengan penuh emosi, maklumlah North London Derby! Dan Spurs menurunkan skuad terkuat mereka yang dibarisi oleh bekas sampah iaitu Adebayor. Kononnya dia nak hancurkan The Gunners, pigidah!

Walaupun Soldado membantu serangan Spurs, tapi mereka memang akan terus duduk dala, bayang Arsenal. Arsene Wenger menurunkan skuad kedua Arsenal. Walcott mengetuai jentera serangan dibantu oleh Cazorla dan Gnabry. Manakala bahagian tengah diperkuat oleh Little Mozart Tomas Rosicky, Wilshere dan Arteta.

Per Mertesacker diberikan rehat manakala Vermaelen bergandingan dengan Koscielny. Monreal menggantikan Gibbs yang masih cedera. Sagna macam biasa menjaga kekebalan bahagian kanan. Fabianski pula diberikan peranan menggantikan Szczesny.

Dan walla!

Permainan sangat rancak. Hinggalah Serge Gnabry melorongkan bola cantik untuk Cazorla meremukkan hati peminat Spurs. Admin jerit sorang-sorang! Ada aku kisah? :)

Sepatutnya Walcott juga menjadi penjaring gol tetapi Lloris berjaya menampan. Bongok! Biar ajelah bola tu. Tahap cipan Spurs diserlahkan lagi oleh Rosicky yang mencuri bola dari Cik Rose dan meluru laju ke gawang Spurs lalu dengan selamba menguis bola menerjahkan sebijik lagi gol.

Mertesacker dan Ozil serta Flamini dimasukkan menggantikan Vermaelen, Arteta dan Wilshere. Sepatutnya boleh menang atleast 5-0. Padan muka Spurssy!

Arsenal meneruskan baki 10 minit terakhir dengan hanya 10 pemain apabila Walcott dikeluarkan kerana kecederaan. Dalam pada diusung keluar, Walcott sempat menganjing fans Spurs yang membaling beliau dengan duit syiling, botol air dan sebagainya.

Okay habis.
Arsenal 2-0 Spurs.


Thursday, January 2, 2014

FT: Arsenal 2-0 Cardiff City, Lord Bendtner Penyelamat!

Arsenal berjaya mendapatkan 3 mata berharga dari Cardiff City. Perlawanan berlangsung rancak dan The Gunners bertali arus melakukan serangan ke gawang Cardiff City namun, semuanya menemui kegagalan sehinggalah minit ke 88, Lord Bendtner meledakkan jaringan.



Memang menyesakkan nafas!

Namun kejayaan tersebut sedikit tercalar apabila Lord Bendtner mengalami kecederaan buku lali setelah dirempuh oleh penjaga gol Cardiff City.

Seluruh dunia bergema dengan laungan kegembiraan dengan  dari para penyokong Arsenal. Tak senang duduk dibuatnya.

Sorakan tersebut disambut pula oleh jaringan kedua pada masa kecederaan. Flick superb oleh Walcott menutup terus peluang Cardiff City untuk kembali memberi saingan.

Selepas ini, Arsenal akan bertemu seteru busuk Spurs untuk saingan Piala FA.
Pasti lebih hebat walaupun ketika ini Arsenal mengalami defisit pemain yang cedera belaka.

Okay! Jumpa lagi.

Tuesday, November 19, 2013

Arsenal oh Arsenal

Lamanya aku tak menulis pasal Arsenal. Walaupun tak ketinggalan ikut perkembangan semasa tetapi waktu untuk menulis semakin terhad. Cuma apa yang aku banggakan setakat ini ialah kebangkitan The Gunners musim ini.

Dan kegilaan Le Prof yang membeli Mesut Ozil sehinggakan ramai yang tak percaya. Aaron Ramsey yang asyik kena bahan tu pun tiba-tiba menyerlah. Semoga kejuaraan EPL milik kita musim ni.

Jumpa lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...