Tony Adams mengakhiri tugas pengurus di FC Gabala


Selepas 18 bulan di Azerbaijan menjadi pengurus pasukan FC Gabala, lagenda Arsenal itu akhirnya meletakkan jawatan. Ianya dikatakan kerana faktor keluarga.

Kata Adams:
"I came to Gabala with big ambitions, wanting to build a strong club and share experiences. It has been an interesting time and hoped that I could achieve something here. 
"However, due to family problems, I have to leave the club. It is hard to leave the management and players, but family is more important to me."


Bekas pemain pertahanan kental Arsenal itu pernah mengurus pasukan Wycombe dan Portsmouth sebelum membuat keputusan mengejutkan untuk berpindah ke Azerbaijan. Walaupun Adams dihormati oleh pemain FC Gabala, musim lepas mereka hanya mendapat kedudukan di luar enam pasukan teratas untuk mendapatkan tempat ke Europa League dan Champions League.

Tony Adams merupakan lagenda terulung Arsenal dan kapten yang mengetuai kejayaan untuk The Gunners. Dia bermain selama 22 tahun untuk Arsenal. Dia juga digelar Mr. Arsenal oleh para penyokong The Gunners.

Mungkinkah Tony Adams sedang melalui fasa latihan sebagai pengganti Prof. Wenger satu masa nanti? apakah dia akan kembali ke Arsenal untuk menjadi sebahagian dari tenaga kerja pengurusan?.. hanya masa menentukannya..
Dikuasakan oleh Blogger.