Breaking

Harian Metro: Hebatkah Van Persie?


Terdapat artikel mengenai kapten Arsenal, RvP di ruangan sukan akhbar tabloid murahan Harian Metro. Ternyata wartawan artikel tersebut bukanlah peminat Arsenal malahan mungkin lebih sebagai penyokong Manchester United.

Artikel tersebut yang mempersoalkan kemampuan RvP amatlah memalukan. Dengan mengambil quote dari perkataan Mikel Arteta yang baru sahaja bermain untuk Arsenal musim ini. Ianya digunakan sebagai punca persoalan dan perbandingan antara Lionel Messi serta Cristiano Ronaldo.

Kami para penyokong tegar Arsenal memahami, dan amat kasihan dengan wartawan sebegini. Adalah biasa untuk para penyokong tegar Arsenal membaca artikel negatif mengenai pasukan kesayangan kami di media arus perdana.


Namun apa yang jelas ianya betapa CEMBURUNYA wartawan tersebut dengan prestasi RvP secara langsung dan juga Arsenal. Jadi jelas disini bahawa pada awal musim, mereka-mereka yang mencemuh Arsenal serta bertepuk gembira dengan kemerosotan The Gunners ketika itu, kini semakin panas pungkok!

Dan adalah tidak mustahil bahawa wartawan tersebut adalah lebih kepada pemikiran shit-stirrer yang dah jauh ketinggalan zaman. Wartawan tersebut pun tidak mustahil merupakan GLORY HUNTER! Fakta yang diberikan sebagai landasan terlalu rapuh dan tidak relevan.
  • Messi & Ronaldo dikatakan sebagai lebih konsisten daripada Van Persie yang mempunyai pasang surut. 
  • Berapa lama mampu RvP bertahan? 
  • Bagaimana membandingkan pencapaian mereka dalam dua liga berbeza?

3 persoalan wartawan tersebut yang terlalu dangkal. Apa ke bodohnya persoalan macam tu yang berdasarkan kepada quote Mikel Arteta. Dah terang-terang Arteta mengaitkan prestasi jaringan dalam tempoh lapan ke sembilan bulan lalu. Apa ke butanya wartawan tersebut? tiba-tiba cerita pasal konsisten.. dan persoalan berapa lama RvP mampu bertahan? oi betul ko nih bengap sangat. Kan dan ckp itu berdasarkan prestasi 8/9 bulan lepas.. bukannya prestasi ke hadapan.. even Messi & Ronaldo pun tak tentu lagi masa depan mereka mcm mana. Dan bagaimana untuk membandingkan pencapaian dua liga berbeza? kalau dah tak reti nak bandingkan.. jangan timbulkan persoalan mcm ni.. dah la tak reti.. nak persoalkan kehebatan org lain pulak. Betul-betul makan gaji buta!

Sebenarnya wartawan tersebut memang sekadar pencacai shit-stirrer sahaja. Yang sebenarnya tak faham pun apa itu passion dalam bolasepak. RvP hebat, he's proved it now so just admit and move on loosers! Banyak lagi fakta nak diberikan tapi rasa malas pulak nak tulis panjang-panjang sebab loosers takkan dapat nak cerna info yang diberikan. Otak dah penuh dengan mentaliti shit-stirrer.

So persoalan, Hebatkah Van Persie? DAH TENTU LA HEBAT! APE KE BIOL PUNYE SOALAN!!!
Nuff said.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/HebatkahVanPersie_/Article

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.