Lipatan Sejarah Arsenal: Aksi Terbaik! Bacary Sagna menyelamatkan gawang Arsenal


Bacary Sagna antara pemain Arsenal yang paling konsisten. Melakukan tugasan dengan penuh komitmen dan tak banyak kesilapan menjadikan dia aset yang sangat berharga untuk The Gunners.

Perlawanan pada 28hb Disember 2008 itu berkesudahan dengan keputusan Aston Villa 2-2 Arsenal apabila Zat Knight menjaringkan gol di minit akhir perlawanan setelah mendapat umpanan Gareth Bale hasil hantaran lintang Stilian Petrov.

Abou Diaby memainkan peranan dan beraksi cemerlang ketika perlawanan ini. Gol Arsenal dijaringkan oleh Denilson (40'), Abou Diaby (49') manakala Aston Villa oleh Barry (pen 65') dan Knight (90+1).

Bacary Sagna menggagalkan usaha jaringan oleh Aston Villa dengan libasan yang menarik di depan pintu gol. Jika dia tidak melakukan libasan tersebut, memang confirm akan masuk dan Almunia hanya mampu memandang sahaja.
Dikuasakan oleh Blogger.