Coquelin: Hanya salah faham


Francis Coquelin yang bermain diposisi defensive midfielder dikhabar tidak berpuas hati dan mahu meninggalkan Arsenal untuk mendapatkan lebih peluang beraksi.

Coquelin yang tidak dibenarkan untuk menyertai semula Lorient, menyatakan bahawa dia mempunyai peluang untuk beraksi di Arsenal tetapi berdasarkan prestasi semasa Alex Song dan Mikel Arteta, peluang tersebut nampaknya nipis.

Sememangnya dia tidak berpuas hati dengan situasi tersebut dan mahu mengorak langkah untuk membuktikan kemampuan dirinya namun statement yang dibuat telah disalah ertikan oleh media.

Coquelin bermaksud untuk mendapatkan ruang perpindahan melalui pinjaman ke kelab lain bukannya mahu meninggalkan terus Arsenal. Musim ini Coquelin hanya beraksi untuk dua perlawanan iaitu ketika tewas 8-2 kepada Manchester United dan tewas 2-1 kepada Spurssy.

Pada pemerhatian penulis, aksi Coquelin ketika bermain menentang Spurssy sangat baik kerana berjaya mengekang Adebayor & co.

Seperti biasa, mana-mana statement oleh pemain Arsenal akan diputarbelit oleh media untuk menjadikannya sensasi dan pemain tersebut akan dipandang serong oleh penyokong.

FAKTA COQUELIN
  • Gilles Grimandi mengesan Coquelin ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis U17 pada tahun 2008.
  • Bermain secara regular untuk pasukan simpanan Arsenal pada musim 2009/10, bermain 12 perlawanan dan menjaringkan 2 gol.
  • Dipinjamkan ke kelab FC Lorient pada musim 2010/11 dan dilaporkan pengurus Lorient, Christian Gourcuff mahu mendapatkan khidmatnya kembali bersama Gilles Sunu.
Dikuasakan oleh Blogger.