Breaking

Gervinho tercalon sebagai Pemain Bolasepak Terbaik Afrika 2011


Gervinho dicalonkan untuk menerima anugerah sebagai "2011 Confederation of African Football Player of the Year".

Antara pemenang termasuk Nwankwo Kanu (1996 & 1999) dan Emmanuel Adebayor (2008), kedua-dua pemain tersebut memenangi award ketika bermain untuk Arsenal. Calon-calon telah didedahkan oleh president Ghana FA, Kwesi Nyantakyi di Accra, bandar dimana pemenang akan diiisytiharkan pada 22hb Disember 2011.

Antara pemain yang dicalonkan ialah:
  • Andre Ayew (Ghana)
  • Didier Drogba (Ivory Coast)
  • Samuel Eto'o (Cameroon)
  • Gervinho (Ivory Coast)
  • Asamoah Gyan (Ghana)
  • Seydou Keita (Mali)
  • Kevin-Prince Boateng (Ghana)
  • Moussa Sow (Senegal)
  • Adel Taraabt (Morocco)
  • Yaya Toure (Ivory Coast)
Gervinho telah menjaringkan 18 gol dan 10 assists dalam Ligue 1 untuk pasukan Lille musim lepas, dan dia telah berjaya menyesuaikan diri dengan mudah di EPL.

P/S: Penulis pernah ke Accra, Ghana pada tahun 2000 dan menyertai Pesta Usahawan Antarabangsa, apa yang boleh dikatakan ialah, rakyat Ghana sangat-sangat rajin.. mereka sanggup berjalan beratus kilometer sekadar untuk menjual barangan mereka, contohnya gayung plastik, sabun dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.