Jurgen Klopp: Kami mahu tewaskan Arsenal!


Jurgen Klopp sedang menyusun strategi untuk mendapatkan ramuan terbaik merobek langkah kemenangan Arsenal setelah mereka berjaya menewaskan Bayern Munich digelanggang Allianz Arena Sabtu lepas.

Kemenangan tersebut merapatkan Dortmund hanya 2 mata dengan pendahulu liga Jerman dan skuad Klopp merasa yakin untuk membuka ruang melangkah ke pusingan kalah mati UCL dengan menewaskan Arsenal. Katanya, tiada yang lebih memuaskan hati selain daripada menewaskan Arsenal nanti.

Jurgen Klopp yang mempunyai reputasi sebagai pengurus muda dan diberikan jolokan 'German Wenger' oleh para peminat Dortmund. Mario Gotze menyerlahkan kemampuan Dortmund dan dia sememangnya dalam perhatian Prof. Wenger sejak beberapa lama.

Prof. Wenger dan skuad Arsenal yakin mereka mampu menundukkan Dortmund dalam pertembungan UCL nanti. RvP yang kelihatan untouchable ketika ini pasti akan mengundang rasa gerun lawan. Kehadiran barisan pertahanan yang mantap seperti Vermaelen dan Koscielny serta ketinggian Mertesacker akan berikan kelebihan yang diperlukan dalam mengekang Mario Gotze & co.

Kreativiti Tomas Rosicky & Arshavin diperlukan untuk memecahkan kedegilan Dortmund kerana Ramsey & Arteta kelihatan agak sloppy serta mereka berdua pastinya keletihan.
Dikuasakan oleh Blogger.