UCL: Arsenal vs Borussia Dortmund / Pre-Match


Pertembungan kali ini dijangkakan akan lebih sukar daripada pertemuan sebelum ini dengan pasukan Dortmund, dan mungkin ianya lebih sukar daripada perlawanan di Jambatan Stamford tempohari. Kedua-dua pasukan mungkin akan bermain dengan berhati-hati dan bahagian tengah pastinya lebih ketat.

Namun, merujuk kepada faktor fizikal dan mentaliti pemain Arsenal ketika ini, kemenangan adalah dijangkakan apatah lagi kita bermain di Stadium Emirates. Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian ialah corak permainan menekan (pressing football) oleh Dortmund. Jurgen Klopp pastinya amat arif dengan konsep wengerball kerana dia juga dikatakan antara pengurus yang menyanjung Prof. Wenger.


Kata Prof. Wenger sewaktu sidang media:
“Both teams have improved – we have grown, they have grown. Every player and every member of staff is conscious that it is a very important night for us. We feel strong enough to be at home and finish the job.”
Pemain bintang yang sedang diintai oleh Prof. Wenger, Mario Gotze perlu diberikan kawalan sepanjang masa supaya tidak meragut jiwa dan raga The Gunners. Disiplin pemain Dortmund yang diterapkan oleh Klopp perlu dirobek dan midfielder Arsenal mestilah rajin untuk memecahkan strategi lawan. Peranan Alex Song sangat ditagih pagi nanti. Kemahiran Rosicky pastinya akan memberikan impak tetapi dia dikhabarkan cedera sewaktu sesi latihan. Rosicky adalah bekas pemain Borussia Dortmund dan dibeli oleh Arsenal sewaktu kemuncak prestasinya.

Ramsey dan Arteta perlu perbaiki kualiti permainan mereka kerana agak sloppy pada perlawanan Sabtu lepas. Abou Diaby telah pulih dari kecederaan dan mungkin disenaraikan untuk perlawanan pagi nanti. Diharapkan Gervinho & Walcott sekali lagi menggunakan kelajuan dan crossing yang sempurna untuk diselesaikan oleh kapten RvP.


Kedua-dua pasukan mempunyai pemain sayap yang berkualiti dan fullback perlu bekerja keras memastikan bahagian masing-masing tidak terperangkap dengan pemain lawan. Koscielny mungkin sekali lagi beraksi di bahagian right back dan penulis yakin dia mampu melaksanakan tugasnya. Namun Santos perlu lebih peka sewaktu bertahan.

Kesilapan Mertesacker minggu lepas juga agak mendebarkan penyokong tegar Arsenal namun dia adalah pemain yang paling berpengalaman dalam pertembungan menentang Borussia Dortmund. Kreativiti Arshavin mampu mengubah rentak permainan sekiranya Arsenal kebuntuan memecah benteng Dortmund.

COYG!

Barisan jangkaan:

Szczesny
Koscielny - Mertesacker - Vermaelen - Santos
Song - Arteta - Ramsey
Walcott - RvP - Gervinho

Jaringan jangkaan: Arsenal 1-0 Dortmund

P/S: Sewaktu temubual UCL, Prof. Wenger selamba menjawab soalan wartawan dalam bahasa Jerman.
Dikuasakan oleh Blogger.