Breaking

7 FAKTA: Fabregas legend? Mari kita buat analisa ringkas..


Francesc 'Cesc' Fabregas yang lahir pada 4hb Mei 1987 adalah merupakan bekas pemain & juga kapten Arsenal. Kini beliau beraksi untuk pasukan Barcelona setelah beberapa tahun melalui gossip dan isu yang berpanjangan.

Fabregas memulakan karier sebagai pelatih di Barcelona tetapi menandatangani kontrak bersama Arsenal pada September 2003 sewaktu berusia 16 tahun. Walaupun mempamerkan prestasi yang unik dan memberangsangkan dengan memecahkan beberapa rekod Arsenal, hari ini Fabregas menjadi musuh kepada penyokong Arsenal yang berang dan kecewa apabila dia berpindah ke Barcelona.

Tadi sewaktu artikel ini ditulis terdapat perbincangan mengenai Fabregas di group facebook KPTA, dan ianya berlangsung dengan agak hangat apabila ada yang emosi dan ada juga yang masih sayangkan Fabregas.

Ada yang melabelkan Fabregas sebagai legend Arsenal, dan ramai juga yang membangkang. Jadi kita buat sedikit analisa ringkas mengenai Fabregas, baik dan buruknya perpindahan dia ke Barcelona.

  • Fabregas merupakan seorang pemain tengah yang sangat unik dan mempunyai hantaran tepat yang sangat-sangat bagus. Sememangnya Fabregas adalah pemain berkelas dunia dan kehadirannya di Arsenal membantu Prof. Wenger untuk melicinkan gerakan Wengerball.
  • Formasi pemain Arsenal beberapa tahun kebelakangan ini adalah sebagai sokongan dan berpusat kepada Fabregas sebagai tunggak. Ini diakui sendiri oleh Prof. Wenger dan ada ketika apabila Fabregas cemerlang, skuad Arsenal memang digeruni lawan.
  • Namun formasi ini terganggu apabila Fabregas cedera dan mula diganggu oleh Barcelona yang mahukan dia kembali ke sana. Ditambah lagi dengan sentimen yang dia sendiri dibesarkan disana. Akhirnya formasi yang disusun tidak lagi menjadi.
  • Pihak lawan terlalu mudah membaca strategi permainan Arsenal, kerana bagi mereka apabila Fabregas diikat, maka Arsenal akan lumpuh. Dia terlalu dominan di bahagian tengah.
  • Perpindahan Fabregas ke Barcelona membuka ruang untuk pemain lain menunjukkan peningkatan dan bakat mereka mula terserlah. Ianya sama sebagaimana yang pernah Arsenal alami sewaktu Henry mengetuai serangan Arsenal dalam tahun-tahun terakhir dia bersama The Gunners. Pihak lawan telah berupaya mengagak hantaran pastinya akan kepada Henry. Ini menjejaskan peluang untuk membuka ruang kemenangan.
  • Walaupun pada peringkat awal ketiadaan Fabregas (ditambah dengan perpindahan Nasri & Clichy), Arsenal mencatatkan keputusan yang mengecewakan, namun hari ini The Gunners kembali dengan Wengerball dan ianya semakin hari semakin baik.
  • Prof. Wenger membuktikan mengapa dia mampu membentuk kembali Arsenal sebagaimana yang dia pernah lakukan dulu. Kali ini lebih hebat kerana pihak lawan susah untuk membaca strategi Arsenal apabila tiada lagi seorang playmaker dominan untuk dikekang. Mikel Arteta, Aaron Ramsey, Alex Song, Jack Wilshere dan Tomas Rosicky adalah antara nama yang mampu memberikan killer pass untuk RvP, Gervinho & Walcott.

So itulah dulu analisa ringkas yang boleh diberikan. Dan kesimpulannya bahawa, Fabregas sememangnya pemain yang sangat berbakat dan disayangi ramai. Dia pernah memberikan khidmat kepada Arsenal dan ianya seharusnya dipuji. Namun dia tidak layak untuk digelar LEGEND! tetapi dia tidak perlu untuk dikeji.


Tak puas hati dengan ulasan penulis?, tinggalkan komen ye berikan pendapat dgn berhemah, dan jangan gunakan perkataan kasar & kesat. We are gooners and we got respect. That's differentiate us from the others. Have passion not hate! COYG!

At the end of the day, it's up to us to see it in our own preference view.. TO SEE THE GLASS HALF FULL OR TO SEE THE GLASS HALF EMPTY..

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.