Lipatan Sejarah Arsenal: We won't forget you Eduardo!


Eduardo Alves da Silva yang lahir pada 25hb February 1983, lebih dikenali dengan panggilan Eduardo, kadangkala juga digelar Dudu adalah pemain bolasepak kelahiran Brazil yang kini beraksi untuk Croatia setelah mendapat kewarganegaraan. Pemain yang sangat berpotensi dan menyerlah ketika dia mengalami kemalangan patah kaki akibat diasak oleh pemain Birmingham City, Martin Taylor.

Ketika ini Eduardo merupakan pemain penyerang prolifik Croatia kedua selepas Davor Suker. Beliau dibesarkan di Rio de Janeiro dan menyertai pasukan tempatan. Dinamo Zagreb berjaya mengesan kualiti Eduardo dan menyerapkannya dalam pasukan remaja. Pada 3hb Julai 2007, Arsenal menandatangani kontrak Eduardo dengan bayaran yang dikhabarkan sebanyak £7.5 juta.


Sewaktu kemuncak kariernya bersama Arsenal, Eduardo digelar 'Fox-in-the-box' kerana kepantasannya mencuri bola dan menjaringkan gol sebagai 2nd striker ataupun goal-poacher. 23hb Februari 2008, 2 hari sebelum harijadinya yang ke 25, Eduardo mengalami kecederaan serius patah fibula dan buku lali kirinya terkoyak. Kecederaan tersebut begitu ngeri sehinggakan memberi kesan kepada mental rakan sepasukan.

Kesan daripada peristiwa tersebut, Eduardo gagal mendapatkan kembali rentaknya dan akhirnya dia berpindah ke Shakhtar Donetsk dan dia mula menemui sentuhannya semula.

Walaupun dia tidak lagi bermain untuk Arsenal, para penyokong tegar Arsenal tetap menghormati dan menyayangi beliau. Semoga dia terus cemerlang dalam kariernya.

P/S: Aku memang mencari bahan artikel kerana Arsenal berehat 2 minggu memberi laluan kepada international break.. so ada rakan yang post di fb KPTA mengenai Eduardo.. so there you go..
Dikuasakan oleh Blogger.