Emmanuel Eboue, bekas pemain Arsenal yang kerap menjadi backup kepada Sagna telah diberikan layanan buruk oleh para peminat bolasepak di Turki. Perlawanan derby antara Galatasaray dan Besiktas amat panas dan Eboue menjadi mangsa lontaran objek oleh penyokong sengal Besiktas. Ianya dikatakan kerana Eboue sengaja melambatkan permainan.


Dan yang paling pelik, pengadil perlawanan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan perkara tersebut.. maklumat ini diperolehi daripada saudara Amir salah seorang ahli KPTA. Kebanyakan respon menyatakan kekesalan dan ingin supaya Eboue kembali ke Arsenal.


Eboue menolak lamaran dari Spurs dan Roma dan berhijrah ke Galatasaray pada awal musim ini. Eboue terkenal sebagai seorang pemain yang berdisiplin serta disenangi oleh rakan sepasukan. Dia juga dikatakan kerap menghibur rakan-rakan dibilik persalinan. Apapun, Eboue seharusnya mendapat respek dari rakan pemain dan penyokong.. dia tidak seharusnya dilayan sedemikian walau apapun alasannya. Nuff said!
Dikuasakan oleh Blogger.