Wenger: Kita mesti fokus selepas perlawanan antarabangsa & senarai 16 pemain


Prof. Arsene Wenger berharap agar tempoh perlawanan antarabangsa tidak akan mengganggu tempo dan momentum pemain Arsenal. 16 pemain Arsenal akan beraksi untuk pasukan kebangsaan masing-masing dan kebanyakan mereka akan bermain untuk dua perlawanan sebelum kembali menyambung tugasan di kelab.

Skuad Wenger yang membuat kebangkitan kebelakangan ini dengan memenangi 9 daripada 11 perlawanan dalam kesemua pertandingan. Pengurus berbangsa Perancis tersebut pastinya mahukan setiap pemain menyambung prestasi mereka sebagaimana sebelum perlawanan antarabangsa tersebut sebelum ke Norwich pada 19 November ini.

“It [the international break] is certainly not a joy for me but hopefully it is not a pain because I hope the players will come back in good spirits,” said Wenger. “But it could be a pain if we lose some players through injury.  
“I don't believe [it will upset our rhythm]. It's always a challenge to get the focus back quickly when players come from international games but let's hope we can sort that out.”
Berikut ialah senarai pemain yang dipilih untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan masing-masing.

  1. Alex Oxlade-Chamberlain akan bersama pasukan England U21 dalam perlawanan menentang Iceland dan Belgium.
  2. Francis Coquelin disenarai dengan pasukan Perancis U21 dalam perlawanan menentang Romania dan Slovakia.
  3. Theo Walcott akan bersama skuad England menentang Sepanyol dan Sweden.
  4. Tomas Rosicky akan mengetuai Republik Czech menentang Montenegro dalam perlawanan timbal-balik.
  5. Thomas Vermaelen akan bersama skuad Belgium menentang Romania dan Perancis.
  6. Aaron Ramsey akan bersama Wales menentang Norway.
  7. Andrey Arshavin akan menentang Greece bersama skuad Russia.
  8. Ju Young Park dengan skuad Korea Selatan menentang UAE dan Lebanon.
  9. Per Mertesacker akan membarisi skuad Jerman menentang Ukraine dan Netherlands.
  10. Robin van Persie akan bersama skuad Netherland menentang Switzerland dan Jerman.
  11. Laurent Koscielny akan bersama pasukan Perancis menentang USA dan Belgium.
  12. Johan Djourou akan bersama skuad Switzerland dalam perlawanan menentang Netherlands dan Luxembourg.
  13. Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski mungkin akan diturunkan menentang Italy dan Hungary.
  14. Gervinho akan bermain untuk Ivory Coast menentang Afrika Selatan.
  15. Alex Song akan bersama skuad Cameroon bermain menentang Sudan dan Morocco.
Dikuasakan oleh Blogger.