EPL: Arsenal 1-1 Fulham / Post-Match


Vermaelen score 2! 1 own goal.. dan 1 lagi tandukan kemas daripada hantaran lintang Theo Walcott. Pada awalnya, beberapa perubahan dilakukan oleh Prof. Wenger dan ianya agak pelik namun mungkin Prof. Wenger merasakan Fulham mampu dijinakkan.

Andrey Arshavin & Johan Djourou dimasukkan sebagai 1st eleven menggantikan Gervinho & Koscielny. Permulaan permainan bermula agak pantas dan Arsenal mendapat beberapa peluang tetapi tindakan refleks Mark Schwarzer menyelamatkan gawang Fulham dari dibolosi.

Robin van Persie dikawal ketat dan ini membuka ruang untuk pemain lain melakukan rembatan namun ketangkasan penjaga gol Fulham benar-benar menyelamatkan mereka malam ini. Bahagian tengah Arsenal yang dikemudikan oleh Arteta dan Ramsey kelihatan kurang idea dan tidak kreatif dalam membuka ruang untuk RvP. Walcott walaupun menunjukkan aksi kemas tetapi dia juga dikawal ketat oleh pemain lawan.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0 dimana kedua-dua pasukan pantas menutup ruang dan menyerap asakan. Separuh masa kedua bermula dengan lebih baik namun Fulham kelihatan meningkatkan tempo permainan dan akhirnya lob ke dalam kotak penalti oleh Danny Murphy berjaya didada oleh John Arne Riise dan dalam kekalutan tersebut clearance yang dilakukan oleh Thomas Vermaelen menerjah gawang sendiri.

Prof. Wenger memasukkan Abou Diaby, Gervinho dan Chamakh menggantikan Aaron Ramsey, Per Mertesacker dan Arshavin. Tempo Arsenal kembali rancak dengan larian-larian Gervinho dan Walcott. Abou Diaby memberikan dimensi serangan yang berbeza dan Alex Song diletakkan sebagai CB.

Secara keseluruhan, Arsenal bermain agak perlahan dari tempo biasa. Hantaran yang tak sharp & crisp daripada Arteta dan Ramsey. Apapun, MoTM layak diberikan kepada penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer yang menafikan banyak cubaan Arsenal.
Dikuasakan oleh Blogger.