Faizuri Khairi Zamhari: Player tak perform punca player kena kutuk

Hari ini, ruangan group facebook KPTA begitu hangat dengan pelbagai perbincangan yang berkisar kepada prestasi serta keputusan perlawanan semalam menentang Fulham di Stadium Emirates. Terdapat banyak post yang begitu kecewa dengan performance beberapa pemain antaranya Aaron Ramsey, Andrey Arshavin, Djohan Djourou dan Thomas Vermaelen.

Empat nama ini diberikan kutukan yang kadangkala melampauinye pun! Ahli KPTA memberikan maklum balas pro dan kontra terhadap perkara tersebut sehinggakan ada yang mencadangkan agar LALANG ditebas segera kerana ini ialah Kelab Penyokong TEGAR Arsenal. Pelbagai takrifan diberikan untuk menjustifikasi tindakan serta keinginan tersebut.


Namun pihak pentadbir group yang diketuai oleh Hafiz KURT lebih matang dan memahami situasi tersebut perlu diselia dengan cermat supaya perbezaan pendapat tidak menjadi api perbalahan yang merosakkan keharmonian KPTA. Beberapa post yang inginkan tindakan untuk menebas LALANG telah diredakan oleh beliau, namun ianya tidak dapat dibaca oleh semua kerana faktor perbincangan yang berlaku begitu pantas.

Beberapa ahli KPTA yang telah lama aktif sedia memerhati tindak-tanduk dari ahli KPTA yang baru kerana kebanyakan mereka masih belum memahami konsep serta cara KPTA.



Secara rasionalnya, memang kekalahan dan prestasi permainan yang tak bagus perlu diberikan teguran, tak kira sesiapapun. Tapi yang jelas, sebelum memberikan komen, sebagai ahli KPTA kita perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan kritikan dan kutukan. Ianya dua definisi berbeza terhadap 1 perkara yang sama. Persoalan untuk mencantas LALANG yang wujud di KPTA akan ditangani dengan lebih baik tentunya oleh Hafiz KURT & co.

Geng LALANG perlu diberikan ruang supaya mereka jelas dan tidak lagi menjadi POSERS yang sebenarnya ikut angin.. Mereka perlu diberikan teguran/kritikan supaya faham apa itu SPIRIT & PASSION yang KPTA ada. Tak perlu terus menghukum mereka kerana 1 komen negatif yang tak berapa nak bijak tersebut :)


Dan jika kita perasan, semalam sewaktu Aaron Ramsey dikeluarkan, dia diberikan standing ovation oleh para penyokong tegar Arsenal yang berada di Stadium Emirates.. (dah tentu mereka lebih tegar kerana mereka bayar mahal untuk saksikan permainan Arsenal). Ahli KPTA perlu lebih matang dalam menilai.. perlu lebih educated dalam memberikan komen/kritikan.. bukannya membuta tuli dan akhirnya membawa kepada pergaduhan dengan rakan gooners sedangkan kita sama-sama menyokong pasukan The Gunners. Jangan jadi TONG KOSONG yang bising bila diketuk..


Jangan KUTUK tapi KRITIK! COYG!
Bak kata Anne Persie Ismail - Win, Lose or Tie. We are Arsenal til we die!
Dikuasakan oleh Blogger.