EPL: Norwich City 1-2 Arsenal / Post-Match (RvP tembak 2 ekor kenari)


TERBAEK! (kata Tok Aba, Boboiboy!) haha.. itulah yang dapat diucapkan apabila Kapten RvP menyumbat 2 biji gol. Perlawanan yang dah pun berakhir sebentar tadi menyaksikan Arsenal bangkit setelah bolos 1 gol jaringan oleh Morison hasil dari kesilapan Per Mertesacker yang teragak-agak dan kurang peka dengan kehadiran asakan pemain Norwich City tersebut.

Szczesny menepis sedikit tetapi tidak cukup untuk menolak keluar bola tersebut lalu menerjah ke gawang Arsenal. Prof. Wenger hanya mampu menggelengkan kepala. Sebenarnya, perlawanan tersebut dikawal dengan asakan bertali arus daripada skuad Arsenal. Jentera serangan yang diketuai oleh RvP mempunyai banyak peluang keemasan tetapi pertahanan Norwich City, Russel Martin beraksi seperti menjadi penjaga gol kedua yang menggagalkan 3 peluang jaringan Arsenal.

Carl Jenkinson yang dilaporkan cedera dan meninggalkan ruang kosong di bahagian right back tetapi diisi dengan cemerlang oleh aksi Koscielny. Theo Walcott mempamerkan larian dan gelecekan menarik dan jaringan pertama Arsenal hasil daripada assist Walcott kepada RvP setelah Gervinho membuat dummy. Gervinho juga mendapat beberapa ruang menjaringkan gol tetapi dinafikan oleh penjaga gol The Canaries, Ruddy yang bertungkus lumus menjaga gawang. Walcott yang begitu tenang ketika di depan gol menunjukkan kematangan dalam mengatur serangan. Pastinya kehadiran Thierry Henry memberikan impak yang sangat positif buat dia.



Bahagian midfield Arsenal digerakkan oleh Ramsey yang kelihatan bertenaga tetapi agak lewat membuat lorongan dan Mikel Arteta juga beberapa kali kehilangan bola serta passing yang agak sloppy. Seperti biasa Alex Song menjalankan tanggungjawab dengan konsisten memberikan cover kepada back four serta membuat intercept terhadap serangan Norwich City.

Vermaelen beraksi cemerlang dengan pertahanan kental dan mantap memberikan kelegaan kepada penyokong tegar Arsenal. Andre Santos juga beraksi dengan baik dengan membantu serangan melalui larian pantasnya. Wojciech Szczesny kurang mendapat tekanan tetapi pada saat-saat akhir permainan dia menunjukkan ketenangan serta membaca permainan dengan cukup baik. Sepakan percuma Norwich City pada lewat permainan membuatkan debaran kerana pengalaman lalu Arsenal kerap bermasalah dengan set-piece.


Namun kali ini Mertesacker memberikan kelebihan ketinggian dan Vermaelen mampu mengagak arah serangan untuk memastikan 3 mata milik mutlak Arsenal. Hanya Russel Martin & GK Ruddy menafikan jumlah jaringan yang lebih besar untuk Arsenal. Penulis menjangkakan keputusan Norwich 0-3 Arsenal tetapi berkesudahan Norwich 1-2 Arsenal yang bermaksud ada 1 meriam yang basah sumbu! Haha..

Yossi Benayoun dan Djourou yang dimasukkan tidak memberikan apa2 perubahan signifikan untuk Arsenal tetapi meneruskan rentak permainan pantas yang telah disusun oleh pengurus pasukan. Apapun kemenangan ini penting untuk merapatkan kedudukan dengan kebanyakan pasukan top 6 akan berlaga sesama sendiri. Kemenangan ini memberikan tekanan untuk pasukan lain mendapatkan 3 mata dan kita harapkan mereka flop!

Gandingan Gervinho, RvP & Walcott sangat serasi. Back four Arsenal yang dibarisi oleh Santos, Vermaelen, Mertesacker & Koscielny memang mantap. Cuma bahagian tengah masih perlukan persefahaman yang lebih baik antara Arteta & Ramsey disokong oleh Alex Song. Arsenal semakin hampir kepada kekuatan 100% dan RvP terus mengganas serta sedang mendahului carta penjaring terbanyak EPL.

Perbincangan hangat di group facebook KPTA ketika ini, dan ada satu post yang menarik perhatian penulis, dimana ada yang menyoalkan kemampuan penyerang lain kerana asyik RvP sahaja yang score..


Dan tak kurang juga yang mempertahankan kesilapan Per Mertesacker yang menyebabkan Arsenal bolos 1 gol hasil jaringan Morison.


Teruskan langkah kejayaan untuk Arsenal.. COYG!

Dikuasakan oleh Blogger.