Breaking

Carling Cup: Arsenal vs Manchester City / Pre-Match


Hanya satu pilihan untuk Prof. Wenger iaitu menurunkan pemain pelapis & simpanan kerana skuad utama telah menempuh perlawanan sukar yang memaksa mereka mengerah seluruh tenaga hinggakan beberapa pemain utama dilaporkan dalam keadaan berisiko tinggi untuk cedera.

Manchester City juga dikhabarkan akan menurunkan skuad kedua mereka tetapi dengan saiz skuad yang besar dan pembelian-pembelian bintang, mereka tetap mempunyai kapasiti kualiti pemain yang berbahaya untuk The Gunners pagi nanti.

Tomas Rosicky dan Abou Diaby akan menjalani ujian kecergasan untuk memastikan sama ada mereka cukup cergas dan tidak dihantui kemungkinan kecederaan lain. Pengalaman Rosicky amat diperlukan untuk mengemudi bahagian tengah. Yossi Benayoun juga memiliki kaliber untuk membantu asakan serta merencana gerakan Arsenal.

RvP mungkin dimasukkan pada separuh masa kedua sekiranya dia diperlukan. Adakah Chamakh atau Ju-Young Park yang akan mengetuai jentera serangan Arsenal? Dan Alex Ox-Chambo hampir pasti akan menggantikan Theo Walcott kerana dia mempunyai kualiti yang hampir setara.

Barisan jangkaan:

Fabianski
Nico Yennaris - Koscielny - Vermaelen - Miquel
Frimpong - Benayoun/Rosicky - Coquelin
Ox-Chambo - Chamakh - Arshavin

Jaringan jangkaan: Arsenal 1-0 Manchester City

Perlawanan akan berlangsung jam 4 pagi waktu Malaysia esok.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.