UCL: Arsenal 0-0 Marseille / Post-Match


BOSAN. Itulah kenyataannya. Persembahan yang kelihatan kurang bermaya daripada Arsenal yang dibarisi oleh beberapa perubahan pemain. Ju-Young Park mengambil posisi striker menggantikan Kapten RvP untuk membuktikan kemampuan sebenarnya tetapi hampa. Dia gagal membantu ketika counter attack dilakukan dan apabila mendapat peluang di depan gol.. gagal disempurnakan.. masih banyak yang perlu JYP perbaiki.


Secara keseluruhan, kawalan bola yang lemah dan decision making yang kurang tepat menyebabkan gerakan serangan terbantut begitu saja. Theo Walcott pula kurang mendapat supply dan pemain Marseille cepat menutup ruang untuk hantaran. Gervinho terpaksa membantu ruang dan kelemahan JYP dan akhirnya dia sendiri semakin tenggelam.


Aaron Ramsey kelihatan kurang bermaya mungkin masih kepenatan dari perlawanan Chelsea minggu lepas. Mungkin Prof. Arsene Wenger seharusnya menurunkan Rosicky dan Benayoun menggantikan Ramsey dan Arteta. Passing bola pun tak selaju seperti biasa.


Apapun pujian patut diberikan kepada Alex Song, Merte dan Vermaelen yang menunjukkan aksi mantap mematahkan serangan Marseille. Jenkinson pun semakin meningkat tetapi ada beberapa decision making yang lemah sehinggakan tersalah hantar kepada pemain lawan.

Penjaga gol utama Wojciech Szczesny beraksi tahap biasa dan ada ketika membuatkan aku kecut perut apabila menggelecek dan memperdaya penyerang Marseille. Dan kebelakangan ni Szczesny juga kerap rushing ke luar kotak penalti yang boleh menyebabkan kesilapan budak sekolah berlaku semula.

Walaupun RvP, Rosicky dan Arshavin dimasukkan pada separuh masa kedua, ianya gagal merubah jumlah jaringan kerana Marseille bertindak untuk lebih bertahan dan mengekang jentera serangan. Minggu antarabangsa akan tiba selepas ini dan pastinya beberapa pemain Arsenal akan beraksi untuk negara masing-masing. 

Semoga RvP & Co. tidak mengalami kecederaan sepertimana perlawanan antarabangsa yang sebelum ini.
Dikuasakan oleh Blogger.