Breaking

UCL: Arsenal vs Marseille / Pre-Match

Malam ni jam 3.45 pagi akan berlangsung satu lagi perlawanan UCL antara Arsenal menentang Marseille. Perlawanan tersebut akan dimainkan di Stadium Emirates, gelanggang keramat The Gunners. Marseille merupakan sebuah pasukan yang kerap memberikan keputusan luar jangka.


Mereka juga dikatakan mempunyai badi terhadap pasukan EPL. Ianya juga merupakan bekas pasukan Samir Nasri yang kini sedang sibuk memanaskan bangku simpanan Manchester City.

Berita menyatakan bahawa Prof. Arsene Wenger akan menurunkan barisan terkuat untuk memastikan kelayakan ke pusingan seterusnya dan kelebihan menjuarai kumpulan akan memberikan sedikit 'advantage' untuk Arsenal.

Pasukan Marseille dijangka akan mempamerkan corak bertahan supaya tidak mengalami kekalahan yang memalukan kerana jentera serangan Arsenal tengah panas memuncak ketika ini. PARK THE BUS! BUT I THINK PARK CHU-YOUNG WILL GET A GOAL TONIGHT.

Kapten RvP akan terus diberikan peranan merobek hancur kubu Marseille. Tiada analisis untuk barisan jangkaan malam ini, cuma yang pasti kemenangan adalah milik The Gunners!

Jangkaan jaringan:
Arsenal 2-0 Marseille

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.