Personaliti KPTA: Our fantastic captain, Robin van Persie
Semua orang berkata mengenai RvP hari ini hasil dari kecemerlangan beliau menerajui Arsenal kembali kepada prestasi yang digeruni. Robin van Persie dilahirkan pada 6hb Ogos 1983 dibahagian timur Rotterdam yang dinamakan Kralingen. Berbeza dengan kebanyakan pemain bolasepak profesional yang lahir dengan persekitaran miskin, RvP dilahirkan dalam keluarga yang agak mewah.
Ibu RvP, Jose Ras merupakan seorang artis pelukis dan pereka barang kemas. Manakala bapanya Bob adalah seorang pengukir. RvP mempunyai 2 orang adik beradik perempuan, Lilly dan Kiki.
Dibesarkan dalam suasana pelbagai etnik disekitar university terbesar Rotterdam, Erasmus University, dan dalam keluarga yang cenderung artistik, RvP digalakkan untuk mengikut jejak langkah keluarganya dalam bidang kesenian artistik. Namun RvP lebih meminati bolasepak dan ketika berumur 4 tahun dia telah menyertai kelab daerah tempatan, SVB Excelsior.
Berikutan penceraian ibu bapanya dan konflik dengan petugas kejurulatihan Excelsior, RvP menyertai Feyenoord diumur 5 tahun dan tinggal bersama bapanya. Kemampuan dan prestasi RvP meningkat dan pernah dianugerahkan KNVB Best Young Talent Award 2000/01. RvP membuat penampilan profesional pertama ketika berusia 17 tahun. RvP merekodkan 15 caps untuk musim pertama 2001/02 dan menerima Dutch Football Talent of the Year tahun itu.
"I don’t see things the way my parents do.
"They can look at a tree and see something amazing, whereas I just see a tree. That’s not to say I don’t appreciate its beauty. When I watch the sea in somewhere like Sardinia, I see the beauty in that.
"But I think there is a creative connection with my parents. It’s hard to explain in words, hard to put my finger on it. But I think football is where my creativity comes out."Walaupun dengan kemahiran yang tinggi serta potensi untuk menyinar, RvP juga terkenal sebagai pelajar yang nakal ketika di sekolah dan ianya juga memberikan kesan terhadapnya di kelab. Dalam temubual dengan Daily Mail, RvP mendedahkan bagaimana dia cuba melakukan trick ketika perlawanan UEFA Cup dan para pemain senior merasakan tergugat serta tidak senang.
Robin van Persie.
RvP juga bermasalah dengan pemain bintang Feyenoord ketika itu, Pierre van Hooijdonk dan akhirnya mengundang masalah dengan pengurus pasukan, Bert van Marwijk. Ianya mengakibatkan RvP diletakkan dalam pasukan simpanan dan Bert van Marwijk menyatakan bahawa sikapnya menyebabkan dia tak mungkin akan terus bersama skuad Feyenoord lagi. RvP tidak mahu menyambung kontrak dengan Feyenoord sebagai membalas kenyataan oleh pengurus pasukan dan akhirnya mereka terpaksa menjual RvP tetapi tiada pasukan yang sanggup membuat bidaan oleh kerana risaukan disiplin pemain tersebut.
Akhirnya Arsenal berjaya mendapatkan RvP pada harga 2.75juta EURO, separuh dari nilai yang diminta oleh Feyenoord. RvP membuat penampilan pertama ketika perlawanan 2004 Community Shield menentang Manchester United yang berkesudahan 3-1 dan RvP memenangi trofi pertamanya bersama Arsenal. Dia menamatkan musim pertama di Arsenal dengan 10 jaringan daripada 41 penampilan. Walaupun begitu, sikap dan disiplin RvP masih bermasalah, Prof. Wenger mempunyai cabaran besar untuk mendidik RvP yang masih remaja ketika itu.
Pada 2005, RvP mengahwini teman wanita (Bouchra) yang telah lama bersamanya pada 31hb Mac 2005. Peristiwa dipenjarakan selama 2 minggu memberikan impak yang mendalam terhadap RvP. Dia ditahan dan dituduh merogol Miss Holland Sandra Krijgsman tetapi akhirnya dibebaskan kerana tiada bukti menunjukkan perkara tersebut terjadi.
"I remember sitting there just thinking what a waste of time it was. I tried to stay positive and I never panicked because I knew the truth, but I just lost two weeks of my life for nothing.
"Lots of positives came out of it, though. I learned a lot about the people around me and I learned a lot about life. At 21, life can seem easy and I suddenly realized the world doesn’t always work like that." Robin van Persie
Musim 2006/07 sangat bermakna buat RvP apabila menjaringkan gol menentang Charlton Athletic. Rembatan wonderstrike amat menakjubkan dan mula melonjakkan nama RvP kembali. Pada 16hb November 2006, Bouchra melahirkan Shaqueel dan RvP mula menunjukkan kematangannya. Dia menamatkan musim lebih awal apabila tulang metatarsal kaki kanannya patah ketika meraikan jaringan menentang Manchester United pada bulan Januari. Namun begitu, RvP tetap mendahului carta penjaring terbanyak Arsenal dengan 13 gol, 8 assist daripada 31 perlawanan.
Pada musim 2007/08, Arsenal kehilangan Thierry Henry kepada Barcelona dan RvP mengetuai jentera serangan bersama Emmanuel Adebayor. 7 gol daripada 10 perlawanan berjaya dilakukan sebelum ditimpa kecederaan lutut sewaktu membuat penampilan bersama pasukan kebangsaan Belanda. Dia terpaksa berehat 2 bulan untuk kembali pulih. Namun terus dihantui kecederaan selepas itu sehingga tamat musim.
Musim 2008/09 menyaksikan RvP menjaringkan gol ke 50 untuk Arsenal. Untuk kali pertama RvP diberikan armband captain pada 3hb Januari 2009 dengan menjaringkan 2 gol yang berkesudahan 3-1 ketika menentang Plymouth. Arsenal menamakan RvP sebagai Player of the Year apabila dia berjaya meledakkan 20 gol dan 15 assist.
Pada musim panas 2009, RvP melanjutkan kontrak bersama Arsenal dan perpindahan Adebayor menyebabkan Prof. Wenger menukar formasi dengan meletakkan RvP sebagai lone striker, posisi yang diragui oleh ramai namun RvP mempamerkan aksi cemerlang dengan gerakan menarik serta kepekaannya mencari ruang. Tetapi kecederaan kembali menghantui RvP dan terpaksa diketepikan selama 5 bulan. Ianya menyebabkan strategi Prof. Wenger kurang berkesan dan Arsenal tidak memiliki pemain berkaliber untuk mengisi kekosongan tersebut.
Kempen 2010/11 menyaksikan RvP memakai jersi no 10 dan mengembalikan memori lagenda Arsenal dan Belanda, Dennis Bergkamp. RvP merekodkan perlawanan ke 200 utk Arsenal namun dia sekali lagi cedera buku lali. Sekembalinya dari kecederaan, RvP mencatatkan hatrik pertama pada 22hb Januari 2011 ketika menentang Wigan. RvP juga menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam 9 perlawanan secara berturutan. Dia mengakhiri musim dengan 22 gol dan 7 assist daripada 33 perlawanan. Pada perlawanan Piala Dunia, RvP membawa Belanda sehingga ke perlawanan akhir tetapi tewas kepada Sepanyol yang juga dibarisi oleh Cesc Fabregas.
Perpindahan Cesc Fabregas telah meletakkan RvP sebagai kapten pasukan dan dia menjaringkan gol ke 100 untuk Arsenal pada 24hb September 2011. Dia juga merekodkan jaringan terpantas dalam perlawanan liga ketika menentang Sunderland pada 16hb Oktober 2011 dengan hanya 28 saat. Kemudian mencatat hatrik pada perlawanan getir menentang Chelsea dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal 5-3 di Stamford Bridge. Kini RvP sedang terbang tinggi menerajui Arsenal kepada kejayaan.
Walaupun RvP bermula sebagai pemain sayap kiri dan memiliki kemahiran dribble yang hebat, dia berjaya diasuh untuk bermain di central forward oleh Prof. Wenger sebagaimana yang dilakukan terhadap Thierry Henry.
Pemain berusia 28 tahun ini sedang memuncak dan dia juga berjaya kekal untuk tidak cedera setakat ini. Arsenal bukanlah pasukan yang dikatakan one-man team tetapi tidak ada sesiapapun mampu menafikan sumbangan oleh RvP. Dialah kapten, dialah ketua dan pendahulu jaringan terbanyak EPL. Dialah wajah skuad Arsenal dan menunjukkan bagaimana kapten yang sebenar mengetuai pasukan. Prof. Wenger memang genius dan berjaya membentuk RvP sehingga menjadi ketua yang berkaliber kepada para pemain Arsenal yang lain.
Para penyokong tegar Arsenal mendoakan agar RvP terus sihat dan mampu meneruskan langkah kejayaan untuk Arsenal.
Wikipedia, Daily Mail, TheOffside
Tiada ulasan: