Breaking

Carling Cup: Arsenal 0-1 Manchester City / Post-Match (Hard luck Young Guns!)


Arsenal terkandas di quarter final Carling Cup setelah tewas tipis 0-1 kepada Manchester City. Perlawanan berlangsung seimbang diantara kedua-dua pasukan dan ada ketika dimana The Gunners mengawal posesi dengan hantaran pendek yang tepat dan pantas..

Prof. Arsene Wenger membuat 10 pertukaran daripada formasi sebelum ini dengan memasukkan Chamakh bergandingan dengan Ju-Young Park. AOC sebagaimana dijangkakan bermain diposisi sayap dan menunjukkan betapa dia sememangnya sangat berpotensi dengan larian laju dan gelecekan yang mengelirukan lawan. AOC juga berjaya melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan melencong cantik ke sebelah kanan atas gawang Manchester City tetapi Pantillon, penjaga gol City berjaya menepis keluar dengan aksi cemerlang.

Aksi Marouane Chamakh kurang memberangsangkan serta dikatakan kurang sihat untuk bermain tetapi tetap diturunkan oleh Prof. Wenger. Ju-Young Park juga masih kurang tajam dan kurang membantu holding ball. Dia juga kadangkala membuat larian yang sama dengan Chamakh hinggakan AOC tiada ruang untuk membuat hantaran.


Barisan tengah Arsenal yang dibarisi oleh Yossi, Coquelin dan Frimpong kemas dalam menyerap asakan serta rajin memastikan pemain Manchester City tiada ruang untuk bergerak. Bahagian pertahanan dikemudikan dengan kemas oleh Koscielny bersama Squillaci, Djourou dan Ignasi Miquel manakala Fabianski diberikan kepercayaan untuk menjaga gawang Arsenal.

Separuh masa kedua Manchester City bermula garang tetapi dapat diserap dengan baik dan Arsenal kembali mendapat rentak dengan membuat serangan-serangan pantas terutamanya daripada usaha Alex Oxlade-Chamberlain. Namun kehadiran Edin Dzeko dan Sergio Aguero membezakan kelebihan kualiti serangan yang akhirnya counter-attack The Citizens berjaya menembusi gawang Arsenal pada lewat permainan.

Gervinho, Arshavin & Vermaelen dimasukkan menggantikan Ju-Young Park, AOC dan Miquel. Namun ianya tak memberikan keputusan yang diharapkan. Pada minit-minit akhir dan waktu kecederaan, Arsenal meningkatkan asakan tetapi tiada penyudah yang sempurna apabila Chamakh gagal menanduk hantaran lintang yang cantik. RvP yang duduk menonton perlawanan tersebut bangkit dan kelihatan kecewa apabila Chamakh gagal untuk kesekian kalinya..

RvP kecewa setelah Chamakh gagal menanduk hantaran lintang pada minit terakhir permainan dan ianya adalah peluang terbaik untuk mendapatkan gol.. TAP-IN goal kata Prof. Wenger

Ulas Prof. Arsene Wenger:
"I felt we were naive on their goal. We took the corner too quickly. It is frustrating because we were not rewarded for our effort. 
"Chamberlain looked like he could deliver something special the whole night, he showed he has moved forward. I was very patient with him until now and sometimes it's important to hold them back and keep them on training ground."
Dan katanya mengenai Frimpong:
"I feel in midfield he did well, so did Coquelin, we battled well in there."

Dan sambungnya lagi:
"I felt in the final third we lacked a bit of creativity, we missed some experience in the final ball. But we showed heart & desire. 
"We made it easy for City, they had a clear-cut chance. We could stop that [chance] at the start. 
"Chamakh wasn't far away from the cross [from Gervinho]. Squillaci was behind him and it could have been a tap-in. 
"Number-wise there is a difference with City but on quality we showed we can fight with them."

Keputusan berkesudahan Arsenal 0-1 Manchester City.. terbalik dari yang dijangka sebelum ini. Apapun, Young Guns beraksi cemerlang cuma tiada penyudah dan mereka menunjukkan semangat juang yang harus dipuji.. dan macam biasa.. group facebook KPTA akan hangat dengan respon dan perbincangan..

Adik-adik yang kecewa..


Okay 1 lagi cup dah lebur.. let's move on..

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.