7 FAKTA: Kunci kemenangan Arsenal & meneruskan rentak kejayaan selepas international-break
Setelah bercuti hampir 2 minggu untuk bermain bersama pasukan kebangsaan masing-masing, minggu ini The Gunners akan kembali bersaing untuk EPL dengan Norwich City menanti pada hari Sabtu ini. Skuad Canaries itu memiliki rekod yang cemerlang kebelakangan ini dan banyak pasukan terperangkap dengan corak direct & resolute mereka.
Walaupun begitu, Arsenal juga mempunyai rekod yang lebih cemerlang setelah melalui permulaan musim yang sangat buruk. The Gunners telah memulihkan kembali peluang untuk bersaing kejuaraan EPL. Beberapa analisa ringkas untuk dikongsikan supaya Arsenal dapat terus mengekalkan rentak kejayaan yang dinikmati sebelum international break.
- The Gunners perlu mempamer corak tersendiri wengerball untuk menenggelamkan pasukan Norwich yang mempunyai pemain hard-working dan kemampuan teknikal yang memadai untuk terus kekal di EPL. Alex Song & Mikel Arteta perlu memastikan setiap gerakan Norwich menjadi buntu dan diganggu sentiasa. Wesley Hoolahan perlu dikekang!
- Grant Holt mempunyai kelebihan aerial dan ianya mampu merobek gawang Arsenal. Prof. Wenger perlu membuat percaturan terbaik sama ada Mertesacker perlu diturunkan untuk mengurangkan risiko set-pieces & aerial threat.
- Anthony Pilkington sedang hot! dia mengemudi jentera serangan Norwich dengan cukup baik dan sangat aktif. Lariannya perlu disekat agar tidak membuka ruang untuk pemain lain melakukan cubaan rembatan.
- Arsenal memiliki kelebihan dari segi kelajuan yang ada pada Theo Walcott dan Gervinho. Ianya perlu dieksploit dengan maksima untuk merobek pertahanan dan seterusnya menerobos ke gawang Norwich. Hantaran tepat dan membuka ruang serangan amat penting untuk dilakukan oleh Ramsey, Arteta ataupun Song.
- Norwich tidak bermain dengan posisi holding midfielder, ini memberikan ruang yang luas untuk diekspoitasi oleh Ramsey. Pertahanan Norwich kurang memiliki kualti kelajuan larian dan pastinya ia perlu dimanipulasi sepenuhnya.
- Para pemain segar dan RvP semestinya akan dikawal ketat oleh Norwich City. Ini memberikan dimensi serangan yang berbeza untuk Prof. Wenger nilai dan menjadikannya sebagai kekuatan untuk Arsenal.
- RvP akan score lagi macam biasa!
Semalam, 17hb November 2011, Stevenage telah berjaya mendapatkan khidmatnya sehingga 8hb January 2012 dengan pilihan untuk penyambungan. Diharapkan dia mampu mengutip seberapa banyak pengalaman dan meningkatkan potensi serta prestasi permainannya.
Tiada ulasan: