Breaking

Real Madrid akan bida £25.8m untuk Robin van Persie


Bos Bernabeu inginkan penyerang prolifik dan kapten Arsenal, Robin van Persie dan menawarkan sehingga £26m untuk Jose Maurinho memperkuat serangan Real Madrid.

Jentera serangan skuad Real Madrid yang diketuai oleh Karim Benzema dan Gonzalo Higuain akan semakin kuat sekiranya RvP menyertai mereka dan Maurinho percaya dia mampu memujuk RvP untuk berpindah ke Bernabeu.


Ini adalah musim ke lapan RvP di Arsenal dan hanya memiliki FA Cup dalam senarai piala yang dimenanginya dalam tempoh itu. Musim ini pula merupakan musim yang sangat cemerlang untuk RvP dengan menjaringkan 35 gol daripada 45 penampilan, prestasi yang sangat mengujakan untuk menarik minat pasukan elit Eropah.

RvP diberikan tanggungjawab sebagai kapten setelah Fabregas meninggalkan Emirates untuk ke Barcelona. RvP dipercayai sebagai seorang atlit yang setia dengan Arsenal namun para penyokong tegar Arsenal mahukan supaya gaji RvP dinaikkan kepada kadar yang lebih berpatutan dengan skill dan kualiti pemain tersebut.

Wahai BoD Arsenal, tolonglah berikan kontrak dan gaji mengikut kupayaan RvP yang terbukti hebat!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.