Breaking

Kosmo!: Van Persie tekad perbaiki rentak



LONDON - Penyerang Arsenal, Robin van Persie mahu membuktikan Persatuan Bola Sepak Antarangsa (FIFA) melakukan kesilapan kerana tidak menyenaraikannya sebagai calon penerima anugerah Pemain Terbaik Dunia 2011.

Justeru, van Persie berazam menampilkan aksi cemerlang ketika Arsenal menentang West Bromwich pada aksi Liga Perdana England malam ini.

Selasa lalu, penyerang kelahiran Belanda itu tidak berada dalam barisan 23 pemain yang disenarai pendek selaku penerima trofi Ballon d'Or yang disebut-sebut bakal menjadi milik penyerang berbisa Barcelona, Lionel Messi.

Dengan tujuh gol dalam tiga perlawanan terakhir termasuk hatrik ketika Arsenal menang 5-3 ke atas Chelsea pada penghujung minggu lepas, van Persie dilihat kembali berada dalam prestasi terbaik.

"Saya agak kecewa kerana tidak disenaraikan dalam pencalonan itu (penerima anugerah Pemain Terbaik Dunia 2011).




"Bagaimanapun, itu semua tidak akan melunturkan semangat saya untuk menampilkan aksi yang lebih baik selepas ini," jelas van Persie yang telah menjaringkan 16 gol untuk Arsenal dan Belanda musim ini.

Van Persie berkata, walaupun tidak tersenarai selaku penerima anugerah Pemain Terbaik Dunia 2011, dia tetap mengintai peluang untuk dicalonkan pada masa akan datang.

"Saya percaya masanya akan tiba untuk diri saya. Jika bukan hari ini, mungkin esok. Kita tunggu dan lihat.

"Sebagai pemain bola sepak profesio- nal, sudah pasti setiap pemain mahu bergelar pemain terbaik dunia, begitu juga dengan saya.

"Saya tidak mahu cepat mengalah. Saya percaya peluang saya akan hadir tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny percaya van Persie telah kembali sentuhan pemusnah.

"Saya fikir ia tidak masuk akal (apabila tidak menyenaraikan van Persie). Dia boleh dianggap sebagai antara pemain terbaik dunia.

"Dia berjaya meledakkan hatrik ketika menentang Chelsea baru-baru ini dan saya percaya dia merupakan penyerang terbaik di dunia pada masa ini," jelas Szczesny. - AFP

P/S: Terang-terang ada konspirasi dengki terhadap Arsenal.. ramai yang tak puas hati dgn senarai pendek FIFA tu termasuk fans neutral yang mempersoalkan kenapa RvP tak tercalon sedangkan dia begitu menyerlah tahun ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.