Breaking

EPL: Arsenal 3-0 WBA / Post-Match

Kelas! RvP sekali lagi memulakan pencak.. dah macam bersilat pulak ye.. Haha.. rembatan kencang Walcott ditampan oleh Ben Foster tetapi tak kemas lalu RvP dengan mudah menolak masuk ke gawang.. BERSORAK aku dan rakan-rakan..

Rekod baru, RvP adalah pemain pertama yang menjaringkan 11 gol daripada 11 perlawanan di awal musim! Banyak lagi rekod akan dicipta musim ini!
Dari awal permainan, WBA kelihatan lebih defensive dan sesekali cuba melakukan serangan pantas. Gandingan Vermaelen dan Koscielny begitu mantap menyerap asakan lawan dan Szczesny juga beraksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa cubaan ke gawang pada separuh masa kedua.


Gol pertama oleh RvP, assist oleh Walcott
Malam ini jaringan dilakukan oleh RvP, Vermaelen dan Arteta yang kedua gol mendapat assist daripada RvP.. memang meletop fantasy point sebab RvP kapten fantasy jugak! Secara keseluruhan permainan yang ditunjukkan lebih meyakinkan dan kemas tanpa melakukan banyak kesilapan.

Gol kedua oleh Verminator, assist oleh RvP
Arteta dan Ramsey kelihatan kreatif menjana gerakan untuk mengatur serangan manakala Alex Song kebal dengan tugasan defensivenya. Gervinho kurang membuat gerakan dan larian solo tetapi konsisten dengan membantu gerakan serangan kerana dia dikawal ketat.

We don't need Batman, We've got Robin!
Ada ketika dimana serangan dilakukan dan terdapat lebih dari tujuh pemain WBA dalam kotak penalti untuk membantu pertahanan mereka. Peluang-peluang serangan WBA banyak dilakukan disebelah kiri yang dikawal oleh Andre Santos kerana ruang tersebut selalu kosong namun Alex Song atau Vermaelen pantas menutup ruang dan membuat tackle kemas.

Gol ketiga oleh Arteta, assist oleh RvP
Jenkinson menunjukkan peningkatan ketara apabila berjaya membuat hantaran lintang yang cantik beberapa kali tetapi tiada penyudah yang sempurna dilakukan. Rosicky, Benayoun dan Arshavin dimasukkan menggantikan Gervinho, Ramsey dan Walcott.

Masing-masing mempamer permainan mantap dan kemas dalam kawalan bola, passing dan gerakan kreatif. 3 mata penuh untuk Arsenal. WBA menjadi korban Arsenal malam ini.. esok Aidiladha.. selamat menyambutnya dengan penuh keinsafan dan pengertian pengorbanan yang sebenar.

3 geng KPTA Johor di Restoran Indas Maju, Indahpura Kulaijaya
Terdapat banyak keluhan daripada para penyokong tegar Arsenal yang gagal menyaksikan perlawanan tadi kerana kebanyakan kedai mamak menayangkan perlawanan Manchester United dan kami (aku.. dia dan dia..) berterima kasih kepada Restoran Indas Maju yang sudi menayang match Arsenal.

Senarai port Arsenal akan mula dikumpul dan akan dipaparkan di blog ini untuk kemudahan para Gooners mencari port di kawasan masing-masing.

Match Highlight

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.