Breaking

Gourcuff ke Arsenal? Bendtner takkan bermain untuk Arsenal lagi..


Sekiranya berita dari footybunker.com benar, Yoann Gourcuff dikhabarkan berkemungkinan besar menjadi pemain Arsenal sekiranya The Gunners benar-benar mahukan pemain tersebut. Gourcuff yang beraksi di posisi attacking midfielder mampu memperkuatkan lagi jentera tengah Arsenal dengan usia 25 tahun, dia pastinya memenuhi kriteria pembelian Prof. Wenger.

Pemain tersebut yang hanya berharga sekitar £6m-£8m perlu dijual oleh Lyon untuk mengelakkan tindakan perundangan setelah kelab tersebut mengalami kerugian dan perlu membayar hutang kepada bank. Lyon terpaksa menjual pemain bintang mereka untuk menampung masalah tersebut.


Gourcuff merupakan bekas rakan sepasukan Marouane Chamakh ketika di Bordeaux dan mereka mempunyai gandingan yang serasi sewaktu beraksi di sana. Namun Arsenal akan menghadapi saingan dari Ajax dan Valencia untuk mendapatkan khidmat Gourcuff pada Januari tahun depan.

Nicklas Bendtner pula dilaporkan enggan bermain untuk Arsenal lagi. Pemain antarabangsa Denmark itu juga meragui dia akan kekal di Sunderland melebihi tempoh pinjamannya musim ini.

Kata Bendtner:
“As I have said before, I will not return to Arsenal. 
“I never really got the chance and then I was unfortunate with injuries. But now I will hopefully have a good season at Sunderland and with a fantastic European Championship ahead, it looks positive. 
“I want to play in the Champions League.”
Pemain yang gagal menyinar di Arsenal ini kecewa dengan peluang yang diberikan dan para penyokong tegar Arsenal tiada yang bersedih dengan statement beliau. See ya Bendtner!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.