Breaking

Artikel Penulis Jemputan: Rentetan Chamakh


Marouane Chamakh tidak menyalahkan taktik striker tunggal yang dilakukan oleh Arsene Wenger. Beliau turut menerima kenyataan apabila striker Morocco sering kali tersingkir dari kesebelasan utama apabila Robin Van Persie kembali dan menyinar pada waktu ini.

"Apabila Arsenal bermain dengan 2 striker itu akan memberi peluang kepada dirinya untuk bermain pada kesebelasan utama," ulas Chamakh di laman web rasmi Arsenal. Ujarnya lagi "Saya amat menghormati keputusan Wenger yang menurunkan taktikal striker tunggal yang dapat membantu kumpulan mendapatkan 3 mata penuh."

Menurut laporan, bekas kelab Chamakh, Bordeaux baru baru ini mahu menggunakan khidmat pemain Arsenal ini semula yang terkenal dengan kelebihan badan yang fleksibel dan tandukan yang tepat. Namun berita itu telah dinafikan oleh Chamakh kerana dia mahu membuktikan diri kepada Arsenal bahawa dirinya mampu bersaing untuk mendapatkan tempat di mata pengurus.

Menurutnya lagi "Saya memang tidak banyak bermain dengan sekembalinya sahabat seperjuangan yang dijulang sebagai hero pada waktu ini daripada kecederaan belakang. Tapi pada saya ini adalah pengadaptasian masa. Seperti kata pepatah orang Melayu, hidup umpama roda, terkadang kita di atas dan ada kala kita di bawah. Pada saya, saya amat gembira bermain dengan kelab gergasi Arsenal dan sudah terbiasa dengan Liga Inggeris dan saya juga masih dalam proses pembelajaran. Saya amat menikmati permainan di Stadium Emirates dan saya berharap ia dapat berkekalan dalam satu jangka waktu yang panjang.".

Ulasan yang telah dialih bahasa... :)
Sumber: http://aggbot.com/Arsenal-News/article/15378964

Artikel oleh Mohd Zulfadli Rusman / sliperjepun
Penulis merupakan seorang penyokong tegar Arsenal, dilahirkan pada 20hb September 1988 dan berasal daripada Beranang, Selangor. Beliau kini berkhidmat sebagai developer system di sebuah syarikat di Kajang.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.