Breaking

Gervinho pujuk Hazard sertai ARSENAL!

Pemain sayap prolifik Arsenal, Gervinho telah memberikan komen yang sangat memberangsangkan mengenai Eden Hazard, yang juga bekas rakan sepasukannya di Lille. Gervinho yakin Hazard akan menyerlah sekiranya dia berhasrat untuk ke Arsenal.


Namun beberapa pasukan lain juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun tersebut. Chelsea, Manchester City, Liverpool, Real Madrid dan PSG semuanya dikaitkan akan cuba memancing Eden Hazard.

Sekiranya faktor kewangan menjadi penentu utama, Arsenal pastinya akan ketinggalan tetapi Eden Hazard dikatakan berminat untuk ke Arsenal kerana corak permainan yang diterapkan oleh Prof. Arsene Wenger.

Eden Hazard juga adalah sepupu kepada naib kapten Arsenal, Thomas Vermaelen.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.