Breaking

RED Alert! Beberapa pemain fatigue dan rotation perlu dilakukan ketika menentang Manchester City


Prof. Wenger mendedahkan bahawa beberapa pemain The Gunners dalam keadaan fizikal tahap merah dan perlu diberikan ruang untuk rehat. Oleh kerana jadual yang padat serta lawan yang sukar, rotation tidak dapat dilakukan kepada beberapa pemain utama pasukan dan ini menyebabkan keletihan mental dan fizikal.

Kali terakhir perkara ini berlaku ialah kepada Jack Wilshere yang kini sedang menjalani proses pemulihan setelah mengalami kecederaan akibat dari bermain lebih 50 perlawanan untuk The Gunners pada musim lepas.

Wenger bincangkan mengenai keadaan pemain:
"We have a few players on the edge like Van Persie and Walcott, who had a hamstring alert, and Ramsey. We’ll have to see how they respond to 24 hours rest. 
"It will be easier for you to pick the Man City team because you can look in the stand and on the bench [against Liverpool] and you will see who plays on Tuesday. We have red alerts on a few players but I will pick as strong a team as I can."
Dengan perlawanan besar yang akan datang untuk Arsenal, pasti ia jadi keputusan yang sukar untuk Prof. Wenger kerana perlawanan seterusnya akan menentang Manchester City. Walaupun mereka akan turunkan pasukan pelapis kedua tetapi tetap dipenuhi dengan pemain berkualiti dan para penyokong tegar Arsenal juga mahukan kemenangan terhadap pasukan tak sedar diri tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.