Breaking

Sukan SEA: Emas milik Malaysia!


SAHIH! Emas milik Malaysia Harimau Muda setelah menewaskan Sang Garuda yang berbekalkan sokongan rakyat Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. Namun, semangat Sang Harimau tak mudah patah.. Perlawanan akhir merebut pingat emas Sukan SEA berlangsung dengan penuh membara antara kedua-dua pasukan yang sememangnya sentiasa sengit.

Cita-cita Garuda nak mematuk Harimau hanya tinggal kenangan kerana Sang Garuda sebenarnya hanyalah Gagak yang tak sedar diri. Harimau mencakar melukakan sayap Garuda.. Indonesia memulakan permainan dengan garang (baca: kononnya hebat) dan berjaya merobek gawang Malaysia seawal permainan lagi setelah Gunawan menanduk masuk hantaran lintang.


Harimau yang sekadar memberi ruang kepada Sang Garuda untuk merasa gembira seketika dan sekaligus meningkatkan tempo permainan sehingga berjaya menyamakan kedudukan hasil umpanan kapten pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar dan disambut dengan tandukan kemas paras tanah lalu meleleh masuk dengan penuh kasih sayang ke gawang Indonesia.


Perlawanan berlangsung dengan banyak aksi panas daripada kedua-dua pasukan dan Indonesia terlebih menonjol dalam menunjukkan aksi sengal terjah walaupun pemain Malaysia tidak lagi berbuat apa-apa. Nampak sangat mereka kemaruk nak rampas takhta juara dari kita.

Saingan terikat 1-1 sehingga tamat 90 minit perlawanan dan ditambah lagi 30 minit untuk menentukan Sang Juara.. Indonesia peroleh gol tetapi offside kemudian giliran Malaysia pula.. benar-benar sungguh mendebarkan..


Hinggalah wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan dan keputusan ditentukan oleh sepakan penalti. Disinilah aksi Khairul Fahmi Che Mat amat dituntut dan dia sememangnya seorang penjaga gol yang berkaliber sehingga berjaya menidakkan sepakan pemain Indonesia. Namun Fakri Saarani membuatkan rakyat Malaysia kembali berdebar apabila membuat rembatan lemah yang mudah diagak oleh penjaga gol Indonesia. Lalu kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar sekali lagi menjadi penyelamat..

Rembatan kencangnya berjaya dikuis tetapi tak cukup untuk menghalang bola itu dari meleleh menerjah gawang Indonesia.. Gelora Bung Karno bukan lagi gelanggang keramat Indonesia.. kerana Harimau Muda yang bertakhta disinggahsana! TAHNIAH UNTUK SKUAD HARIMAU MUDA! TAHNIAH ONG KIM SWEE! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!!!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.