Breaking

EASports PoTM: Robin van Persie



Robin van Persie adalah Pemain Pilihan Bulanan EA Sports.

Kapten kesayangan penyokong Arsenal ini telah menikmati tempoh yang hebat bulan Oktober ini dengan menjaringkan tujuh gol daripada 5 perlawanan. RvP juga menjaringkan gol seawal 29 saat selepas sepak mula ketika menentang Sunderland - yang merupakan gol Arsenal terpantas di EPL - dan juga telah memastikan 3 mata apabila merembat cantik sepakan percuma.

Ketika menentang Stoke City, RvP sekali lagi memastikan kemenangan dengan menjaringkan dua gol walaupun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian. Hatrik RvP telah membenam dan menundukkan CH3L5EA di kubu keramat mereka, Jambatan Stamford.

RvP telah menjaringkan 28 gol daripada 27 perlawanan EPL tahun ini dan kepimpinan RvP sebagai kapten Arsenal berjaya membawa kebangkitan setelah Arsenal memulakan musim ini dengan keputusan yang buruk.

Para peminat telah mengundi dan 88.1% telah memilih RvP. Laurent Koscielny dan Ramsey juga mempamerkan aksi mantap sepanjang bulan Oktober. Mereka dipilih dikedudukan kedua dan ketiga.

Para penyokong tegar Arsenal pastinya mahu prestasi ini terus meningkat supaya kemarau dapat diakhiri namun ianya bukanlah penanda aras sokongan kepada pasukan Arsenal kerana.. selamanya Arsenal di jiwa!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.