Breaking

Chamakh enggan layan tawaran Bordeaux


Pemain Morocco/Maghribi tersebut gagal menyerlah musim ini dengan tempoh bermain yang terhad telah dikaitkan dengan perpindahan pada Januari ini.

President Bordeaux, Jean Louis Triaud mengesahkan yang dia mahu membawa Chamakh kembali ke Perancis tetapi penyerang Arsenal itu enggan melayan panggilannya. Prof. Wenger menegaskan dia masih mahu Chamakh dalam pasukan Arsenal tetapi ianya tidak melemahkan semangat Triaud untuk terus mencuba nasibnya.


Kata President Bordeaux itu:
"I have left four or five messages on Chamakh’s number in the last two months. 
"I’ve also left messages on Wenger’s mobile, but I have had no response. 
Bordeaux gagal mendapatkan tandatangan Chamakh untuk menyambung kontrak dan dia terpaksa dilepaskan secara percuma kepada Arsenal pada 2010, walaupun prestadi Chamakh agak tenggelam kebelakangan ini, Triaud tetap mahu memujuknya kembali ke Ligue 1.
"I wanted to know the position of Marouane. If he is happy at Arsenal, and if he would be interested in a return to Bordeaux,
Tambahnya lagi.
"From what I heard in the press, he said could return to France. If that was his choice, I wanted to tell him that there was no problem and that we could talk about it.  
"But his silence proves beyond doubt that he still hopes to succeed at Arsenal."
Pemain berusia 27 tahun itu memulakan aksi dengan Arsenal sewaktu RvP mengalami kecederaan dan beliau menggalas tanggungjawab tersebut dengan jayanya. Namun prestasi Chamakh semakin merosot apabila RvP kembali merebut tempat sebagai striker utama setelah pulih dari kecederaan.

Kehadiran Ju-Young Park menjadikan saingan untuk posisi tersebut semakin sengit. Chamakh perlu kembali kepada form asalnya sewaktu bermain untuk Bordeaux. Apakah dia gagal untuk mencari keserasian di Arsenal? masa akan menentukannya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.