Breaking

Chamakh & Squillaci off?


Laporan daripada Daily Mail menyatakan Arsenal bersedia untuk mendengar tawaran kepada pemain pertahanan tengah Sebastien Squillaci yang menyertai Arsenal daripada Sevilla pada musim panas 2010.

Pemain tersebut yang gagal merebut tempat kesebelasan utama di Emirates akan dijual kerana Prof. Wenger mahu memperkuat pasukan Arsenal Januari ini. Kehadiran Per Mertesacker dan kembalinya Vermaelen serta prestasi cemerlang Koscielny menyempitkan lagi ruang untuk Squillaci.

Selamat berjaya untuk Squillaci sekiranya berita Daily Mail ini benar (walaupun Daily Mail selalunye menyiarkan khabar angin tidak berasas). Squillaci sememangnya dibeli oleh Prof. Wenger sebagai pemain backup sementara Vermaelen kembali pulih.


Satu lagi pemain yang dikatakan juga akan dijual ialah pemain antarabangsa Morocco, Marouane Chamakh dan dijangka akan mendapat perhatian daripada banyak pasukan.


Walaupun ramai yang kecewa dengan prestasi Chamakh, penulis percaya dia masih mampu memberikan yang terbaik untuk Arsenal. Berdasarkan prestasi ketika mula-mula menyertai Arsenal, Chamakh telah mengisi kekosongan RvP yang cedera dan membantu mencatatkan kemenangan untuk Arsenal.

Namun hari ini, prestasi Chamakh menurun kerana dikatakan tahap keyakinan yang rendah. Kehadiran beberapa pemain baru seperti Ju-Young Park (JYP) menjadikan Chamakh perlu bersaing membuktikan kemampuannya.

P/S: Berita disunting daripada bacaan akhbar Daily Mail yang terkenal dengan rumours tak berasas, jadi untuk para penyokong tegar Arsenal.. baca boleh.. percaya jangan..

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.