Breaking

Olivier Giroud double! Benarkah Arsenal mampu juara? BPL Full time report & Video highlights: Newcastle 1-2 Arsenal

Giroud berbisa!
Foto: Arsenal.com
Sewaktu Thierry Henry menyatakan Arsenal mampu untuk mencabar kejuaraan BPL, ramai hanya ketawa dan menidakkannya. Tetapi selepas beberapa perlawanan, nampaknya Arsenal benar-benar membuatkan Chelsea dan Manchester City panas punggung.

Dengan Giroud semakin berbisa, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Semalam Arsenal berjaya menewaskan Newcastle di gelanggang keramat mereka sendiri. 

Perlawanan dimulakan tanpa kelibat Mesut Ozil yang dikhabarkan tidak fit sepenuhnya.

Arsenal mengawal tempo permainan dan seperti pasukan lain, Newcastle mempamerkan corak bertahan. Ini berikan kelebihan kepada The Gunners untuk merencana pergerakan berbahaya. Hinggalah ke minit 24, Giroud berjaya menampan bola ke gawang gol Newcastle hasil sepakan percuma oleh Cazorla yang ditanduk oleh Welbeck. Dalam tempoh 3 minit selepas itu, satu lagi jaringan oleh Giroud menyusul hasil sepakan sudut melencong dan menjadikan kedudukan Newcastle 0-2 Arsenal.

Beberapa peluang keemasan tidak berjaya disempurnakan oleh Welbeck dan Ramsey hinggalah separuh masa kedua. Entah apa yang dikatakan oleh pengurus Newcastle, tiba-tiba mereka semakin garang di separuh masa kedua. Asakan demi asakan ke gawang Arsenal berjaya dipatahkan oleh Coquelin & co. Gabriel juga mempamerkan aksi mantap bergandingan dengan Koscielny.

Sissoko akhirnya berjaya mencuri satu peluang serta menjaringkan gol membuatkan permainan semakin rancak. Arsenal terus bertahan dan pencarian gol ketiga nampaknya masih tidak berhasil. Arsene Wenger mengambil pendekatan selamat menggantikan Cazorla dengan Rosicky, Alexis dengan Flamini. Dan pada minit-minit akhir memasukkan Bellerin menggantikan Welbeck. Perlawanan berkesudahan dengan Newcastle 1-2 Arsenal. 3 mata berharga dibawa pulang!
We have played four games in two weeks and three away games at Manchester, in Monaco and here today, and we’ve won all three. The last 40 minutes were difficult because our legs had gone a little bit and Newcastle played very well in the second half, but we had an outstanding second half going forward. We had a fluent game by creating chance after chance and in the second half we just had to show different qualities and hang on. - Arsene Wenger (Arsenal.com)
Apa yang #ARSENALTEGAR boleh rumuskan pada perlawanan kali ini adalah para pemain nampak sedikit tidak bermaya pada separuh masa kedua. Berkemungkinan besar akibat dari kesan perlawanan hari Selasa lepas di Monaco. Arsene Wenger perlu melakukan rotation player supaya mereka kembali cergas sepenuhnya.
Getting his better form!
Foto: Arsenal.com
Maybe in the second half we took our foot off the gas and they game out and made it difficult for us. We did well in the end to hang onto our victory. [Monaco] was obviously really disappointing but we took the positives from it as well. We went over there and won 2-0 which not many teams have done. They don’t concede a lot there so we took a lot from that game. 
We’re on a good run at the moment and we just wanted to keep that going today. We came away with three points and that’s another game to tick off now. We’re looking forward to meeting up with our national teams and having a little breather from club football. - Aaron Ramsey
Selepas ini Arsenal berehat seketika untuk berikan ruang kepada perlawanan antarabangsa (Interlull kata Arseblog). Mungkin beberapa pemain akan dapat ruang untuk berehat serta refresh semula kecergasan namun apa yang merisaukan adalah selalunya interlull ni beri impak negatif kepada Arsenal. Dalam banyak peristiwa sebelum ni, ramai pemain Arsenal yang injured sewaktu interlull. Dan ini mengganggu tempo Arsenal dalam liga BPL terutamanya.

Tonton video highlight dibawah ya.





Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.