Breaking

FA Cup Fulltime Report & VIdeo Highlight: Manchester United 1-2 Arsenal, Welbeck Mimpi Ngeri van Gaal!

Welbeck buktikan kemampuannya
Foto: Arsenal.com
Arsenal melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Manchester United di Old Trafford. Tiada lagi mimpi indah buat penyokong setan merah di Theatre of Dream kerana ianya menjadi igauan ngeri setelah gol kemenangan Arsenal di jaringkan oleh bekas pemain mereka sendiri iaitu Danny Welbeck.

Ianya seumpama pemanis extra buat Arsenal tetapi bagaikan luka yang dititiskan perahan limau yang perit mencuka. Arsene Wenger tidak menurunkan Olivier Giroud di bahagian serangan sebaliknya memberikan kepercayaan penuh kepada Danny Welbeck. Berbeza dengan skuad Manchester United yang ketiadaan penyerang berkaliber membuatkan Louis van Gaal terpaksa meletakkan Marouane Fellaini sebagai striker. Tetapi Fellaini lebih fokus untuk mengasari pemain Arsenal berbanding mencari ruang mencipta jaringan.


Gol pertama Arsenal muncul setelah Valencia yang bermain fullback kanan membuat kesilapan dan memberikan ruang untuk Nacho Monreal menyumbat bola ke gawang Red Devils. Ternganga De Gea! Namun Wayne Rooney berjaya mencuri peluang 4 minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan perlawanan separuh masa pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat seri.

Separuh masa kedua bermula dan van Gaal memasukkan dua pemain gantian Michael Carrick dan Phil Jones menggantikan Ander Herrera dan Luke Shaw tetapi keadaan menjadi lebih buruk buat Manchester United. Arsenal mendapat rentak dan lebih banyak menyerang. Pada minit ke 51' Alex Oxlade-Chamberlain yang memberikan assist gol pertama Arsenal terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dan digantikan oleh Aaron Ramsey.  

Danny Welbeck kelihatan sangat berazam membuktikan kemampuannya dan pada minit ke 62 berjaya mencuri bola hasil kesilapan sekali lagi oleh Valencia yang membuat passing ke belakang tetapi dipintas oleh Welbeck sebelum sempat De Gea membuat apa-apa. Jaringan kedua Arsenal menggegarkan Theatre of Dream apatah lagi ianya dilakukan oleh pemain yang di didik di Manchester United sejak kecil.

Hector Bellerin juga dikeluarkan pada minit ke 66 sebagai langkah berjaga-jaga oleh Arsene Wenger dikhuatiri mendapat kad kuning kedua dan Calum Chambers dimasukkan. Olivier Giroud juga dimasukkan ganti Welbeck manakala Adnan Januzaj menggantikan Marcos Rojo untuk Manchester United.

Oleh kerana tekanan tinggi untuk menang bermain di Old Trafford, pemain Manchester United kerap mengasari The Gunners sehinggakan mengumpul 7 kad kuning. Angel Di Maria pula mendapat kad kuning kedua dan terpaksa keluar padang pada minit ke 77. Asalnya dia diberikan kad kuning pertama setelah cuba mengelirukan pengadil dengan sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti Arsenal.. diving! Bongok. Tetapi akibat tidak puas hati dan merentap baju pengadil maka kad kuning kedua dilayangkan seterusnya kad merah ditayang ke muka Angel Di Maria.

Pada minit akhir perlawanan, Adnan Januzaj juga mendapat kad kuning kerana cuba meniru tindakan Angel Di Maria dengan aksi lakonan jatuh sendiri tanpa sebab.. bongok kuasa dua! Penjaga gol De Gea berjaya menampan beberapa cubaan berbahaya Arsenal dan mengekalkan jaringan 1-2 hingga tamat perlawanan.

Undian separuh akhir berikan Arsenal kelebihan
Foto: Arsenal.com
Puas hati!

Undian untuk separuh akhir Piala FA terus dilakukan sejurus selepas perlawanan tamat dan berikut adalah jadual perlawanannya:

Bradford City / Reading vs Arsenal
Aston Villa vs Liverpool / Blackburn Rovers

Nampaknya peluang Arsenal mengekalkan kejuaraan semakin cerah namun begitu bolasepak adalah bulat. Mana-mana pasukan yang tidak memberikan aksi terbaik akan kecundang tanpa mengira status pasukan tersebut.

Tonton highlight perlawanan di bawah.




Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.