Breaking

Harun Salim Bachik meninggal dunia!

Takziah keluarga Harun Salim Bachik
Salam takziah kepada seluruh keluarga Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar bin Salim yang baru sahaja meninggal dunia. Berita tersebut kami perolehi daripada akaun Instagram Afdlin Shauki yang juga merupakan sahabat baik kepada arwah. Mereka juga bergandingan dalam kumpulan Boboi sehingga memiliki produk jenama sendiri. 

Kita hadiahkan al-fatihah buat arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Banyak jasa arwah terhadap industri perfileman negara.

Malah kami di #ARSENALTEGAR pun membesar dengan lawak jenaka dari Harun Salim Bachik. Terima kasih atas jasa menghiburkan kami rakyat Malaysia. Al-fatihah!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.