Breaking

Francis Coquelin berikan sinar buat Arsenal

Seorang lagi pemain yang mendadak menunjukkan prestasi cemerlang musim ini iaitu Francis Coquelin. Pemain yang berasal daripada Perancis ini asalnya semakin malap di Arsenal setelah dipinjamkan kepada beberapa kelab sebelum ini.

Tiada siapa menjangkakan Coquelin akan berikan harapan dan melegakan para penyokong Arsenal dibahagian defensive midfield. Satu krisis yang sukar dihapuskan oleh Arsenal beberapa musim sebelum ini selepas Gilberto. Malah Arsene Wenger sendiri sudah seperti putus harap kepada Coquelin namun oleh kerana krisis kecederaan, Coquelin dipanggil semula memenuhi ruang kosong tersebut.

Ternyata nasib menyebelahi Arsenal kerana Coquelin berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya mengekang asakan lawan serta memberikan perlindungan kepada barisan pertahanan Arsenal. Jawapan yang dicari selama ini rupanya ada dalam skuad Arsenal sendiri.

Saksikan koleksi skill Coquelin yang dikompilasikan oleh Arsenal Editor.


Arsenal semakin mantap musim ini. Malah ketika ini sedang berusaha merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga iaitu Chelsea yang berbeza hanya beberapa mata. Mampukah Coquelin terus membantu Arsenal untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik?

Kemuncak prestasi Coquelin adalah sewaktu dia mengekang semua asakan oleh pemain Manchester City dan selepas ini Arsenal akan bertemu Liverpool. Pastinya khidmat Coquelin ditagih untuk memastikan 3 mata penuh milik The Gunners!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.