Breaking

7 Fakta: Menyu menggelabah jumpa Arsenal

Manchester United dan Louis van Gaal mahukan kejayaan menewaskan Arsenal sebagai batu loncatan kepada pencapaian 4 terbaik EPL musim ini. Ianya akan menjadi satu kejayaan yang diimpikan oleh mereka memandangkan musim ini UCL pun tak dapat nak bau! Kesian betul.
“Every match is just as important as the next, and every result can influence the next. I respect Arsene Wenger and what he achieve with Arsenal. Nothing wrong with that!” - Louis van Gaal
Walaupun kini mereka di kedudukan ke 4 EPL dibawah Arsenal namun cita-cita menewaskan Arsenal amatlah mereka mahu jadikan kenyataan. Usah terlalu obses kerana dengan prestasi terkini Arsenal, ianya kelihatan sedikit mustahil. Tanpa pengkhianat Robin van Persie yang cedera, nampaknya setan merah agak goyah!

Kita ikuti 7 fakta mengapa Manchester United atau lebih mesra dipanggil Menyu begitu menggelabah kali ini.

1) Angel di Maria menyesal bersetuju bermain untuk Menyu berikutan itu prestasinya juga seperti yo-yo. Yuran perpindahan £60m nampaknya tidak berbaloi untuk Menyu!

2) Hero abad ini, Radamel Falcao yang dipinjamkan dari AS Monaco pun kelihatan serupa juga lemau macam Angel di Maria. Ini seorang lagi pemain yang hanya kejarkan glamour dan wang wang wang.

3) van Gaal sebenarnya mahu tukar nama kepada van Gagal oleh kerana kesilapannya bersetuju menerima tanggungjawab sebagai pengurus Manchester United menggantikan David Moyes. Serupa aje lemaunya dua-dua pengurus tu.

4) Gandingan Mesut Ozil, Alexis Sanchez dan Santi Cazorla semakin bisa. Olivier Giroud pula membuktikan dia mempunyai sentuhan emas untuk membantu Arsenal menjaringkan gol. Flanker Theo Walcott dan Welbeck pula mampu membuatkan fullback menggigit jari.

5) Angel di Maria juga dikatakan akan mengikut jejak langkah flop Juan Sebastien Veron :) hampeh! Datang ke EPL dengan satu kehebatan tetapi melungkup. Kesian kat penyokong setan merah!

6) Wayne Rooney juga tidak konsisten musim ini apabila diletakkan pada posisi yang bukan kegemarannya. Simulasi oleh Louis van Gaal membuatkan semua pemain Manchester United kelihatan seperti seorang badut. Pemain berbakat seperti Adnan Januzaj juga dibiarkan tanpa diberikan peluang beraksi. Javier Hernandez pula dipinjamkan ke Real Madrid. Bengong van Gaal!

7) Artikel ini sengaja ditulis untuk troll suka-suka Menyu :) Lu jangan kecik hati pulak.

Arsenal akan terus memberikan persembahan menarik dan memenangi perlawanan suku akhir Piala FA ini. Giroud seperti biasa akan menjadi duri menikam tajam buat Menyu. Alexis seperti biasa mengkucar-kacirkan pertahanan lawan manakala Coquelin dengan gerakan kemas mengekang serangan Menyu.

Sempoi baq hang!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.