Breaking

EPL Fulltime Report & Video Highlight: QPR 1-2 Arsenal, Giroud & Alexis Score!

Giroud meraikan gol pertama Arsenal
Foto: Arsenal.com
Arsenal berjaya mendapatkan 3 mata berharga. Arsenal bermula dengan agak goyah dan QPR lebih mengasak kubu Arsenal. Beberapa percubaan berbahaya berjaya dipatahkan oleh gandingan Mertesacker dan Gabriel. Ospina juga beraksi dengan baik menampan percubaan QPR. Bobby Zamora dan Charlie Austin sentiasa cuba mencari ruang tetapi Coquelin berjaya menyekat pergerakan mereka. Walaupun menggunakan mask muka, Coquelin tetap memberikan prestasi terbaiknya untuk The Gunners.

Ada beberapa ketika Gabriel kelihatan kurang sefahaman dengan Mertesacker, berkemungkinan besar kerana isu bahasa. Memang merisaukan dan Gabriel injured memaksa Koscielny dimasukkan. Skuad Arsenal lebih teratur dan Mertesacker kelihatan lebih confident menjaga pertahanan Arsenal. Walaupun begitu, football flow Arsenal masih kurang mantap. Robert Green penjaga gol QPR pula beraksi agak cemerlang menafikan peluang-peluang jaringan Arsenal.
We were nervous. I felt that we were nervous and they put a shift in in the first half physically. They paid for that certainly in the second half. They stopped us from playing all over the pitch. Sandro played a big part in that and he had to come off after an hour - maybe it was easier for us to put the ball down and play after that. - Arsene Wenger
Separuh masa pertama berakhir tanpa ada sebarang jaringan. Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, Arsenal kembali mendapat rentak. Entah apa yang Arsene Wenger katakan pada mereka, permainan kembali teratur dan lebih berbahaya. Gerakan pada minit ke 64 oleh Ozil dan Alexis melepaskan Gibbs ke sebelah kiri kotak penalti QPR tetapi rembatannya terkena pertahanan QPR namun Giroud berjaya melorongkan bola tersebut menerjah gawang QPR. Permainan semakin rancak dan peluang untuk menjaringkan gol kedua hadir setelah Alexis berdepan one-by-one dengan Robert Green tetapi sayang berjaya diagak dengan baik oleh penjaga gol QPR tersebut.

Alexis Sanchez berbisa!
Foto: Arsenal.com
Tidak lama selepas itu pada minit ke 69 sekali lagi peluang hadir dan kali ini Alexis Sanchez tidak mensia-siakannya dengan melorongkan bola cantik ke ruang sempit menewaskan penjaga gol QPR sekali lagi. Tiba-tiba perlawanan meningkat tempo tinggi dengan QPR cuba mengasak Arsenal. Charlie Austin berjaya mendapatkan 1 gol untuk QPR setelah membuat pusingan yang cantik lalu merembat menerjah jaring menewaskan Ospina pada minit ke 82.

Arsene Wenger memasukkan Aaron Ramsey menggantikan Rosicky untuk mengukuhkan pertahanan. Pada minit akhir pula Welbeck dimasukkan menggantikan Ozil untuk melengahkan perlawanan. Ianya berkesudahan QPR 1-2 Arsenal. 

Saksikan video highlights dibawah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.