FT: Arsenal 4 - 3 Leicester, Sesak napas dibuatnya! King Giroud & Ramsey selamatkan The Gunners

Kesudahan Arsenal menaang 4-3 perlawanan pembukaan untuk EPL musim 2017/18. Memang drama sungguh! Kepala bana betul.. Acik sesak napas dibuatnya.

Kau tak pelik ke.. Shakespeare kot yang handle team Leicester kali ni. Kalau sastera mungkin dia powerlah! Strategi bolasepak moden mana dia paham. Kan?

Namun sejarah tetap tercipta.

Pemain paling mahal untuk Arsenal, Lacazette hanya perlukan 94 saat untuk membolos gawang Leicester. Hasil assist dari Elneny, Lacazette menanduk kemas membuatkan Acik menjerit sendirian di hadapan laptop. Acik tengok streaming aje!

Tapi itu sudah cukup membuatkan jiwa Acik bergelora riang. Gila kau! Power siutttt.. Lain macam nampaknya Lacazette ni. Sudahnya tak sempat habis Acik berasa riang, Leicester pulak dapat gol tak sampai 3 minit lepas tu. Hawau tak habis napas gembira Acik..

Padahal masa tu tengah terkial-kial nak update status! Tak habis taip tapi dah kena sebijik semula. Siallah! Hahahaha.

Ini dah macam skrip biasa.. Gol lepas tu bolos. Nak score tu memang boleh tapi at the same time tak reti nak defend. Same old same old Arsenal.

Acik mula bengang tengok Rob Holding. Lambat benor nak release bola.. Udahnya hilang! Tak ke naya kau nak kena kejor semula. Letih main gitu. Tapi Acik boleh paham.. Dia budak lagi, most probably dia nerves sama macam Acik kena kejar dengan pak guard pasal curi mangga ari tu. Kahkahkah!

Kolasinac pulak memang serupa tank.. Laju pulak tu. Acik walaupun bengang dengan Pak Wenger tu tapi Acik tetap nak tengok Arsenal success. Ada pulak yang pergi mengharap Arsenal kalah! Kepala bana betul beliau tu.



Apa pun performance semalam tu nampak promising (macam biasa). Ada up & down. Team work superb! Fighting spirit pun awesome. Taktikal Pak Wenger menjadi apabila gantikan Aaron Ramsey & Giroud sebagai sub.

Korang tengok highlight ya.




Okay kat bawah ni ulasan yang Acik copy & paste dari Apik Rosick dari group KPTAtd:

--

Rating untuk game semalam personally bagi aku..

Cech 6/10
- mustahillah nak dapat minima 8/10 kalau bolos 3 gol..walaupun nampak agak tidak adil untuk cech apabila sebenarnya barisan depan beliau sebenarnya hanya fullback selepas holding keluar..

Holding 6/10
-walaupun rekod kemenangan apabila dia bermain 16/19 termasuk game semalam dan musim lepas (betulkan kalau aku silap),hakikatnya banyak kesilapan untuk game semalam..paling ketara,terlalu lambat untuk release bola walaupun sebenarnya dia yang memenangi perebutan bola.. permulaan musim mungkin..

Monreal 7/10
- mungkin yang terbaik di barisan belakang game semalam. walaupun menjadi bidan terjun untuk posisi centre back,sekurang kurangnya dia yang lebih banyak bersuara.. boleh refer betapa bengangnya dia kepada xhaka selepas gol ketiga leiceister..

Kolasinac 7/10
Superb ketika menyerang, agak average ketika bertahan game semalam.. gol okazaki dan vardy (corner) sebenarnya berpunca dari kawasan beliau.. namun dia berjaya membalas dengan 1 assist untuk welbeck dan hampir menjaringkan gol untuk arsenal..

Bellerin 6.5/10
-agak terlalu offensive sehingga menyebabkan holding agak kelam kabut.. prestasi yang mendatar sejak musim lepas..faktor utama mungkin kerana rambut..

Chamberlain 8-10
-simpson mungkin menyesal berhadapan dengan oxlade.. banyak gerakan bermula di sebelah kiri dan simpson salah 1 lubuk yang berjaya diperkotak katikkan oleh oxlade.. agak rugi apabila dia tidak mampu untuk menghasilkan sekurang kurangnya 1 assist.. 3 shots off target dari luar kotak penalti selepas bertukar posisi menunjukkan dia agak kecewa.. namun overall effort yang paling utama untuk team daripada pencapaian peribadi..calon man of the match bagi aku..

Elneny 7/10
-tidaklah terlalu menonjol atau tenggelam.. namun penguasaan midfield sehingga 70% salah satunya berpunca daripada beliau.. 
menanti killer pass dari beliau untuk game2 mendatang..

Xhaka 7/10
-sepatutnya mampu untuk dapatkan 9/10.. tapi 2 gol leiceister berpunca daripadanya.. pertama untuk gol kedua yang melepaskan bola kepada lawan di kawasan sendiri,kedua ball watching untuk gol kedua vardy..namun 2 assist dalam masa 3 minit sekaligus kemenangan pertama untuk arsenal memadamkan sementara kritikan aku untuk beliau..

Ozil 5.5/10
- 1 perkataan sahaja,tenggelam..sila berada di bench untuk game2 akan datang walaupun anda ialah star..

Welbeck 7/10
- harus diberikan pujian untuk game semalam.. banyak mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan.. dan harus berterima kasih kepada sead yang tidak tamak untuk menjaringkan gol.. diharapkan terus konsisten dan memperbaiki penyudahnya..

Lacazette 8/10
-hanya memerlukan 94 saat untuk menjaringkan gol debut untuk arsenal dan epl..laca menunjukkan bahawa beliau berhak untuk menerajui serangan berbanding giroud.. lebih banyak terlibat dengan bola,berbeza ketika pre season yang kelihatan agak tenggelam.. berharap beliau lebih daripada bersedia dan konsisten untuk mengharungi liga gila inggeris musim ini..

Subs:

Ramsey 7/10
- 2-3 ketinggalan, ramsey mencetus drama untuk game pembukaan season.. hampir menjadi next bendtner yang turun dari bangku simpanan dan terus menjaringkan hanya dengan 1 touch.. namun dia membalas dengan penyudah padu hasil umpanan bijak xhaka dan kebijaksanaan beliau sendiri untuk melepasi perangkap offside..

Giroud 7/10
- gol kemenangan ! Impak yang paling berkesan.. taktikal "20 minutes for giroud" terbukti berjaya sejak dari season lepas lagi.. tandukan kencang yang hampir mematahkan palang gol scheimaichel.. siapa cakap kayu tak layak untuk bermain di arsenal?? Yes aku antara yang bercakap dan aku tak kisah perlu menelan balik kata kata asalkan arsenal success.. teruskan menjadi hero dari bench wahai giroud..

Walcott 5/10
- 4/10 dari rating ini untuk rambut beliau, 1/10 pula untuk beliau yang selalu curi ayam.. offside lagi semalam..kemong walcott,paling senior kannnnnnnn..

--

So korang setuju ke? Kalau tak setuju pun Acik pedulik hapa! Kahkahkah.
Dikuasakan oleh Blogger.